ISTANA NURUL IMAN, Wednesday, 31 January 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), this afternoon consented to present the rank insignia of Major General to Brigadier General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, and at the same time, appointed him as the 10th Commander of RBAF.

The ceremony took place at Istana Nurul Iman.

Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan was the 9th Commander of Royal Brunei Land Forces from 1 December 2014 until 31 January 2018.

Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan held various posts including as the Aide-De-Camp to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam from 2007 until 2009.

Present at the ceremony was the Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof and the outgoing Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Also present were Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries and family members of the new Commander of RBAF.

A Doa Selamat was read by Head of RBAF Religious Department, Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.





KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BERKENAN MELANTIK PEMERINTAH ABDB YANG BARU

ISTANA NURUL IMAN, Rabu, 31 Januari 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) petang ini telah berkenan mengurniakan lencana pangkat Mejar Jeneral kepada Brigadier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, serta mengisytiharkan pelantikan beliau sebagai Pemerintah ABDB yang ke-10.

Majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan memegang jawatan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei yang ke-9 sejak 1 Disember 2014 hingga 31 Januari 2018.

Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan pernah memegang beberapa jawatan sepanjang perkhidmatan termasuk menjadi Juruiring Tentera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari 2007 hingga 2009.

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan mantan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan juga ahli keluarga Pemerintah ABDB yang baru.

Doa selamat telah dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.