INDONESIA, Thursday 25 January 2018 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence attended the soft launching of the ‘Our Eyes’ Initiative at Mulia Hotel, Bali, Republic of Indonesia.
The event was hosted by His Excellency General (Retired) Ryamizard Ryacudu, Minister of Defence of Republic of Indonesia.
Also present were the His Excellency Dr Mohamad Maliki Osman, Senior Minister of State, Ministry of Defence and Ministry of Foreign Affairs, Republic of Singapore; His Excellency Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum, Deputy Minister of Defence, Malaysia; His Excellency General Chaichan Changmongkol, Deputy Minister of Defence, Kingdom of Thailand; and Cesar B. Yano, Undersecretary for Defense Operation, Republic of the Philippines.
The event began with an opening remarks by His Excellency General (Retired) Ryamizard, where he observed that security challenges are evolving beyond conventional threats and nation-to-nation conflicts to include more non-traditional and cross border threats such as terrorism. He highlighted the need for multilateral cooperation in addressing these threats, particularly emphasising on the importance of the ‘Our Eyes’ initiative as a timely effort to counter the menace of terrorism in the region.
The heads of delegations proceeded to exchange views on the issues of terrorism, radicalisation and violent extremism, after which they signed the proposed Joint Statement of the ‘Our Eyes’ initiative.
One day prior to the soft launching event, the Second ‘Our Eyes’ Initiative Working Group Meeting was held to finalise the Terms of References and proposed Joint Statement of the initiative.
The ‘Our Eyes’ initiative, whose members are Brunei Darussalam, Republic of Indonesia, Malaysia, Republic of the Philippines, Republic of Singapore and the Kingdom of Thailand, is an information-sharing platform which aims to counter terrorism, radicalism and violent extremism.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN BAGI INISIATIF ‘OUR EYES’
INDONESIA, Khamis 25 Januari 2018 – Laksamana Pertama (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan telah menghadiri majlis pelancaran (soft launching) bagi inisiatif ‘Our Eyes’ di Mulia Hotel, Bali, Republik Indonesia.
Majlis pelancaran tersebut dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Jeneral (Bersara) Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Republik Indonesia.
Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura; Tuan Yang Terutama Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia; Tuan Yang Terutama Jeneral Chaichan Changmongkol, Timbalan Menteri Pertahanan Thailand; dan Cesar B. Yano, Setiausaha Rendah untuk Operasi Pertahanan, Republik Filipina.
Semasa ucapan pembukaan, Tuan Yang Terutama Jeneral (Bersara) Ryamizard membuat pengamatan mengenai ancaman sekuriti yang bukan sahaja berbentuk konvensional dan konflik di antara negara, malah semakin berbentuk bukan tradisional dan transnasional seperti ancaman pengganasan. Beliau menggariskan kepentingan kerjasama pelbagai hala untuk menangani ancaman sekuriti, di mana pengenalan inisiatif ‘Our Eyes’ merupakan usaha yang tepat pada waktunya untuk membanteras isu pengganasan di rantau Asia Tenggara.
Semasa sesi perbincangan, ketua-ketua delegasi bertukar pandangan mengenai isu pengganasan, radikalisme dan ekstremisme, dan seterusnya menandatangani Kenyataan Bersama yang telah dicadangkan untuk inisiatif ‘Our Eyes’.
Mesyuarat Kumpulan Kerja ‘Our Eyes’ yang kedua telah diadakan sehari sebelum majlis pelancaran, di mana agenda utamanya adalah untuk mengemaskini dokumen Terms of References dan Kenyataan Bersama bagi inisiatif tersebut.
Inisiatif ‘Our Eyes’, yang mana telah disertai oleh Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura dan Thailand, bertujuan untuk berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pengganasan, radikalisme dan ekstremisme.