MALAYSIA, Tuesday 16 January 2018 – The 2nd ASEAN Defence Interaction Programme (ADIP) was officially launched by the Deputy Minister of Defence of Malaysia, His Excellency Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum at the Pulse Grande Hotel in Putrajaya, Malaysia.

Twenty junior-level defence and military officers from the ten ASEAN Member States participated in the ADIP programme. Brunei Darussalam was represented by Captain Nor Azieyah binti Abdul Aziz, Staff Officer at the Joint Force Headquarters and Norzaidah binti Mardani, Research Officer at the Directorate of Defence Policy. Agenda for the two-day programme included a roundtable discussion on regional security, official visits and cultural programmes. 

The ADIP programme aims to strengthen regional unity and identity among ASEAN defence establishments through respect for diversity, equality and mutual understanding. Brunei Darussalam initiated the ADIP initiative during its chairmanship of ASEAN in 2013 and subsequently hosted the first ADIP in 2014. 

******************

ASEAN DEFENCE INTERACTION PROGRAMME KALI KE-2 DI MALAYSIA


MALAYSIA, Selasa 16 Januari 2018
ASEAN Defence Interaction Programme kali ke-2 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berbahagia Dato Sri Mohd Johari bin Baharum di Hotel
Pulse Grande di Putrajaya, Malaysia.

Seramai 20 pegawai rendah awam dan tentera dari negara-negara ASEAN menyertai program tersebut. Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Kapten Nor Azieyah binti Abdul Aziz, Pegawai Staf di Markas Angkatan Bersama dan Norzaidah binti Mardani, Pegawai Penyelidik di Jabatanarah Dasar Pertahanan. Di antara aktiviti bagi program dua hari ini ialah sesi perbincangan
roundtable mengenai keselamatan rantau, lawatan rasmi dan aktiviti kebudayaan.

Program ADIP bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dan identiti ASEAN di sektor pertahanan dengan memajukan kepelbagaian, kesaksamaan dan persefahaman. Ianya adalah salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Negara Brunei Darussalam semasa menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2013. Negara Brunei Darussalam seterusnya menjadi tuan rumah program ADIP yang pertama pada tahun 2014.