TEMBURONG, Wednesday 20 December 2017 – First Battalion, Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) was involved in a domestic natural disaster relief efforts in Temburong District. The disaster, caused by the heavy rain, left several residential areas and main roads flooded, particularly in around the areas of Kg. Bukok.
1Bn RBLF deployed 18 personnel from its E Company based in Bangar Camp to the affected areas. Relief efforts included dispatching equipment at Bukok Religious School and providing transportation to the stranded homeowners and motorists.
Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions. As such, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) will continue to work with National Disaster Management Centre (NDMC) and its subordinate organisations providing assistance to the affected members of the public.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERI BANTUAN BENCANA ALAM
TEMBURONG, Rabu 20 Disember 2017 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Daerah Temburong. Hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat melanda di beberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama, terutamanya di persekitaran Kg. Bukok.
Seramai 18 anggota dari Kompeni E, 1Bn TDDB, Perkhemahan Bangar, telah dikerahkan untuk memberi bantuan ke kawasan yang terjejas. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan tenaga seperti memindahkan alat-alat kelengkapan di Sekolah Ugama Bukok dan juga memberikan kemudahan pengangkutan bagi penduduk dan pemandu yang terkandas.
Pada masa ini Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca buruk. Oleh itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan terus berkerjasama dengan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan agensi-agensi di bawahnya dalam memberikan bantuan kepada orang awam yang terjejas.