BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 26 November 2017 – The Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Regatta Team took part in the Regatta 2017 in conjunction with the Golden Jubilee celebration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s Accession to the Throne.

The event was co-organised by both the Ministry of Home Affairs and the Ministry of Culture, Youth and Sports, held at the Brunei River in Bandar Seri Begawan. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to attend the event which showcased 11 categories contended in both Traditional Boat and Fibreglass Boat races.

Also in attendance were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and other members of the Royal family.

This year, MINDEF and RBAF participated in six events under the name of MS ABDB (Open category) and Ministry of Defence (Ministries category), as well as the team name ‘Ikan Paus’ (Open Youth category). Out of the six participated events, MINDEF and RBAF recorded notable achievements in the following categories:

Traditional Boat Race – 25 rowers, Among Ministries category (1st place)

Fibre Glass Boat Race – 25 rowers, Youth category (1st place)

Traditional Boat Race – 25 rowers, Open category (3rd place)

His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah presented prizes to the winners of the boat race events.

The Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, and the Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), Captain (Retired) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, RBN, also took part in the Traditional Boat Race (among Ministries) race category for the Ministers/Deputy Ministers Team and the Permanent Secretaries/Deputy Permanent Secretaries Team respectively.

Participation in national sports events serves as a channel for building character and camaraderie. The Ministry of Defence and RBAF emphasises the importance of an active lifestyle and recognises the value of sports to promote teamwork and sportsmanship through healthy sports competition.








LUMBA PERAHU SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KDYMM MENAIKI TAKHTA 2017


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 November 2017 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telahpun menyertai Lumba Perahu Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada tahun 2017.

Acara tersebut berlangsung di Sungai Brunei di Bandar Seri Begawan dan telah dipengerusikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk menghadiri acara Lumba Perahu yang mempamerkan 11 kategori yang dipertandingkan dalam perlumbaan Perahu Tradisi dan Fibreglass.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kerabat Diraja.

Semasa Lumba Perahu tersebut, Kementerian Pertahanan dan ABDB telah mengikuti enam acara di bawah nama MS ABDB (acara-acara terbuka) dan Kementerian Pertahanan (acara di antara Kementerian-Kementerian) serta menggunakan nama pasukan ‘Ikan Paus’ (bagi acara gabungan Belia Terbuka). Dari enam acara yang disertai, Kementerian Pertahanan dan ABDB telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam acara-acara berikut:

Lumba Perahu Tradisi – 25 Pekayuh Kementerian (Tempat ke-1)
Lumba Perahu Fibre Glass – 15 Pekayuh Belia (Tempat ke-1)
Lumba Perahu Tradisi – 25 Pekayuh Terbuka (Tempat ke-3)

Penyampaian hadiah-hadiah bagi acara-acara yang dimenangi ini telah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, dan Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Kepten (B) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, TLDB, mengambil bahagian dalam kategori perlumbaan Perahu Tradisi (antara Kementerian-Kementerian) bagi Menteri-Menteri/Timbalan Menteri-Menteri dan Setiausaha Tetap/Timbalan Setiausaha Tetap masing-masing.

Penyertaan dalam acara sukan kebangsaan berfungsi sebagai saluran untuk membina keperibadian dan menjalin persahabatan. Kementerian Pertahanan dan ABDB sentiasa menekankan pentingnya gaya hidup aktif dan mengiktiraf nilai sukan untuk menggalakkan kerja berpasukan dan kesukanan melalui persaingan sukan yang sihat.