BERAKAS, Wednesday, 22 November 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to present the Excellent Civil Service Employee Award to 41 recipients as well as the Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Award to the top ten teams at the 24th Civil Service Day celebration held at the International Convention Centre, Berakas this morning.
Four of the APCPA award recipients are currently serving for the Ministry of Defence from various divisions – Noorhazwani Ariffin, Research Officer, Permanent Secretary’s Secretariat Office (Division II); Muhd Azmi bin Haji Jais, Labour Supervisor, Public Administration Office, Berakas (Division III); Hajah Rosnah binti Haji Sidis, Clerk, Finance Office, Directorate of Personnel (Division IV); and Rosmahayati binti Haji Hamid, Chef (seconded as Assistant Clerk), Directorate of Administration and Manpower (Division V).
The APCPA is an acknowledgment and recognition to civil servants who have demonstrated exemplary work quality, character and performance.
Meanwhile, a team from the Ministry of Defence, Sticktogether, also participated in this year’s KKC in which the team was placed among the top 10, receiving a consolation prize. The KKC serves as a platform for civil servants to embark on group projects towards the improvement of work processes as well as work productivity and quality.


EMPAT WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN AWAM 2017
BERAKAS, Rabu, 22 November 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) kepada 41 orang penerima dan juga Anugerah Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) kepada sepuluh buah kumpulan di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-24, 2017 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada pagi ini.
Turut menerima APCPA adalah empat warga Kementerian Pertahanan – Noorhazwani Ariffin, Pegawai Kaji Selidik di Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap (Bahagian II); Muhd Azmi bin Haji Jais, Pengawas Buruh, Pejabat Pentadbiran Awam, Berakas (Bahagian III); Hajah Rosmnah binti Haji Sidis, Pejabat Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan (Bahagian IV); dan Rosmahayati binti Haji Hamid, Tukang Masak (Diperbantukan sebagai Pembantu Kerani), Jabatanarah Pentabiran dan Tenaga Manusia (Bahagian V).
APCPA merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi dan penghasilan kerja yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.
Sementara itu, kumpulan Sticktogether telah mewakili Kementerian Pertahanan dalam konvensyen KKC pada tahun ini. Kumpulan ini telah berjaya meraih kedudukan 10 kumpulan teratas dan telah menerima hadiah sagu hati. KKC, pada amnya, memberikan peluang kepada para peserta untuk membentangkan projek-projek mereka yang menjurus kepada pembaikan proses kerja dan meningkatkan produktiviti dan kualiti.