REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 21 November 2017 – Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) attended the 18th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (18th ACAMM) held at the Swissotel The Stamford Hotel in the Republic of Singapore.
The theme for this year’s ACAMM is ‘Building Cooperation Against Transnational Threats’ which was hosted by Major General Melvyn Ong Su Kiat, Chief of Singapore Army.
In his opening remarks, the Chief of Singapore Army stressed the need for ASEAN Armies to continue working together to overcome the transnational challenges. All ASEAN Chiefs of Army also shared their views on security issues affecting the region and discussed new initiatives in enhancing defence cooperation amongst the ASEAN armies.
The ASEAN Chiefs of Army also signed a Joint Declaration at ACAMM, which included an agreement to launch an annual information-sharing workshop among ASEAN Armies in order to enhance mutual learning and foster information-sharing. The inaugural workshop will be conducted in Republic of Singapore in 2018.
ACAMM is an annual meeting conducted since 2000 and is hosted by every ASEAN Army on a rotational basis. This meeting has become an important platform which contributes to the strengthening of unity and cooperation amongst the ASEAN Armies. The 19th ACAMM will be hosted by Malaysia in November 2018.
At the sidelines of ACAMM, the Commander of the RBLF held bilateral meetings with the Chiefs of Army from Republic of Singapore, Malaysia, Republic of the Philippines and Thailand. He also met with General TNI Mulyono, Chief of Staff of the Indonesian Army during which both Army Chiefs signed a Terms of Reference between the Royal Brunei Land Forces and the Indonesian National Army on Land Forces Cooperation Activities that outlined the bilateral interactions and professional exchanges between the two armies.
Conducted concurrently with the ACAMM, the 7th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) was held at the Ascott Hotel, Republic of Singapore. The meeting was attended by Warrant Officer 1, Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman, Land Force Sergeant Major (LFSM) and Warrant Officer 1 Mohd Khairuddin bin Mohd Noor, Regiment Sergeant Major, Third Battalion (3Bn) RBLF.
The theme for this year’s ASMAM is “Cooperation Among ASEAN NCOs to Address Transnational Threats”. ASMAM is an annual meeting conducted since 2011, which aims to promote a strong working relationship and sharing of experiences amongst the ASEAN armies.
MESYUARAT PELBAGAI HALA BAGI KETUA-KETUA TENTERA DARAT NEGARA ASEAN KE-18 DAN MESYUARAT TAHUNAN BAGI SARJAN MEJAR TENTERA DARAT NEGARA-NEGARA ASEAN KE-7 DI REPUBLIK SINGAPURA
REPUBLIK SINGAPURA, Selasa 21 November 2017 – Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Mesyuarat Pelbagai Hala bagi Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN ke-18 (18th ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting, ACAMM) yang berlangsung di Swissotel The Stamford Hotel, Republik Singapura.
Tema mesyuarat pada tahun ini ialah “Building Cooperation Against Transnational Threats” yang telah dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Melvyn Ong Su Kiat, Pemerintah Tentera Darat Republik Singapura.
Semasa ucapan pembukaan, Pemerintah Tentera Darat Republik Singapura telah menekankan perlunya bagi semua Angkatan Darat ASEAN untuk terus berkerjasama bagi menangani cabaran-cabaran transnasional. Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN juga berkongsi pandangan mengenai isu keselamatan serantau ini dan membincangkan inisiatif kerjasama dalam bidang ketenteraan di kalangan negara-negara ASEAN.
Penandatangan Deklarasi Bersama ACAMM yang meliputi perjanjian untuk mengadakan woksyop pertukaran maklumat tahunan di antara Angkatan Darat ASEAN juga telah dilaksanakan oleh semua Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN. Ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap pembelajaran bersama serta bagi menggalakkan pertukaran maklumat. Republik Singapura akan menrasmikan pembukaan woksyop tersebut pada tahun 2018.
ACAMM adalah acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2000 dan dikendalikan secara bergilir oleh Tentera Darat ASEAN. Acara tahunan ini juga dijadikan sebagai landasan penting yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan dan kerjasama yang sudah sekian lama terjalin di antara Tentera Darat Negara ASEAN. Selepas Republik Singapura, ACAMM ke-19 akan dipengerusikan oleh Malaysia pada bulan November 2018.
Selain daripada mesyuarat tersebut, Pemerintah TDDB juga berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Ketua Tentera Darat dari Republik Singapura, Malaysia, Republik Filipina, dan Thailand. Beliau juga bertemu dengan Jeneral TNI Mulyono, Kepala Staf Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD), di mana kedua belah pihak menandatangani Aturan Perlaksanaan Kegiatan Kerjasama Angkatan Darat yang menggariskan butiran-butiran kerjasama kedua tentera darat.
Pada masa yang sama, Mesyuarat Tahunan bagi Sarjan Mejar Tentera Darat Negara-Negara ASEAN ke-7 (7th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting, ASMAM) juga turut diadakan. Ianya telah dihadiri oleh Pegawai Waran 1 Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman, Sarjan Mejar TDDB dan Pegawai Waran 1 Mohd Khairuddin bin Mohd Noor, Sarjan Mejar Rejimen Batalion Ketiga TDDB yang berlangsung di Ascot Hotel, Republik Singapura.
Tema mesyuarat pada tahun ini ialah “Cooperation Among ASEAN NCOs to Address Transnational Threats”. Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat tahunan yang dikendalikan sejak 2011 yang bertujuan untuk menggalakkan hubungan kerja yang kukuh dan perkongsian pengalaman di kalangan tentera-tentera ASEAN.