BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 2 November 2017 – A handing over ceremony to mark the successful completion of a community service project “Titian Amal” was held this morning at Kampung Menunggol. The “Titian Amal” projects are part of the community service conducted by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), comprising of activities which vary from in-kind donations to rebuilding and reconstructing houses or community centres. This year’s project was done to commemorate the RBAF 56th Anniversary.
Present as the Guest of Honour was the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah. Also present were the Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud; the Deputy Permanent Secretary (Finance & Administration), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani; Chairman of the Executive Committee of the RBAF 56th Anniversary; senior officers; officers from the RBAF and Brunei Council on Social Welfare (MKM), as well as other invitees.
This year, the project involved the renovation of a house at Kampung Menunggol, organised by both the Brunei Council on Social Welfare (MKM) and the RBAF. The construction works began on 7 August 2017 and concluded on 26 September 2017. Manpower and building expertise were facilitated by personnel from the Combat Engineer Squadron, Support Battalion, Royal Brunei Land Force (RBLF) while construction materials were sourced by MKM.
The Guest of Honour presented the Handover Certificate of Titian Amal Project to the house owner and a Certificate of Appreciation to the donors whom have greatly contributed to this project.
There are two more community service projects in the pipeline involving the Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) in the Tutong District and at Kampung Junjungan. These projects serve to inculcate the value of compassion and to strengthen the RBAF’s engagement with the community, other government agencies and non-government organisations (NGOs).



ABDB SERAHKAN PROJEK MEMBAIK-PULIH TITIAN AMAL DI KAMPUNG MENUNGGOL
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 November 2017 – Satu majlis penyerahan untuk menandakan kejayaan projek Titian Amal untuk membaik-pulih rumah telah diadakan pada pagi ini di Kampung Menunggol. Projek Titian Amal ini adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang mana terdiri daripada aktiviti sumbangan atau perkhidmatan kebajikan seperti kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau pusat komuniti. Projek pada tahun ini telah dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-56.
Hadir di majlis ini sebagai Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah. Turut hadir juga ialah Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan & Pentadbiran), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani; Pengerusi Jawatankuasa Sambutan HUT ABDB ke-56; pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai ABDB dan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) serta para jemputan lain.
Pada tahun ini, projek ini melibatkan pengubahsuaian rumah di Kampung Menunggol, yang diungkayahkan oleh Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) dan ABDB. Kerja-kerja pembinaan projek ini bermula pada 7 Ogos 2017 dan siap pada 26 September 2017. Tenaga kerja dan kepakaran pembinaan telah dibantu oleh anggota dari Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu, TDDB. Sementara itu, bahan binaan telah disumbangkan oleh MKM.
Tetamu Kehormat Majlis juga turut menyerahkan Sijil Penyerahan Projek Titian Amal kepada pemilik rumah dan menyampaikan Sijil Penghargaan kepada para penyumbang yang memberikan bantuan kepada projek ini.
Terdapat dua buah lagi projek kemasyakaratan yang akan disempurnakan iaitu di Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) di Daerah Tutong dan di Kampung Junjungan. Projek-projek ini bertujuan untuk memupuk nilai belas kasihan dan juga mengeratkan hubungan ABDB dengan masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO).