BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 31 October 2017 – The Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani this morning received a courtesy call from the Deputy Director (Messaging and Engagement), Ministry of Communications and Information of Republic of Singapore, Madam Shakera Stationwala at the Ministry of Defence.
The Singapore’s delegation visit to the Ministry of Defence provides the opportunity for both sides to exchange views and communications strategies with a view to share best practices.
After the courtesy call, the delegation was given a briefing on the Media SOP (Policy and Guidelines) of the Ministry of Defence, followed by a question and answer session. They were also briefed on the media strategies that were employed during the conduct of two Royal Brunei Armed Forces (RBAF) major exercises which were the ADMM-Plus Humanitarian Assistance and Disaster Relief and Military Medicine Exercise in 2013 and the Hikmat Bersatu V Exercise in 2016.
In exchange, they also described the way they utilise their media to disseminate information and reassure the public during the Zika Virus outbreak. After the briefing, the delegation took the opportunity to tour the gallery in the RBAF Museum.
The delegation’s visit to the country is part of an exchange visit programme under a Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Republic of Singapore in the field of Information and Broadcasting.



KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA LAWATAN DARI DELEGASI MEDIA REPUBLIK SINGAPURA
BOLKIAH GARRISON, Selasa 31 Oktober 2017 – Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani pagi ini telah menerima kunjungan hormat dari Timbalan Pengarah (Messaging and Engagement), Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Republik Singapura, Puan Shakera Stationwala di Kementerian Pertahanan.
Lawatan delegasi Singapura ke Kementerian Pertahanan memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk bertukar pandangan dan strategi komunikasi dengan tujuan untuk berkongsi amalan terbaik.
Selepas kunjungan hormat, para delegasi diperdengarkan dengan taklimat mengenai Media SOP (Dasar dan Garis Panduan) Kementerian Pertahanan diikuti dengan sesi soal jawab. Mereka juga diberi taklimat mengenai strategi media yang digunakan semasa menjalankan dua latihan signifikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang merupakan ADMM-Plus Humanitarian Assistance and Disaster Relief and Military Medicine Exercise pada tahun 2013 dan Eksesais Hikmat Bersatu V pada tahun 2016.
Delegasi Singapura juga menerangkan cara-cara media yang digunakan untuk menyebarkan maklumat dan memberi jaminan kepada orang ramai semasa wabak Virus Zika. Selepas taklimat, delegasi mengambil peluang untuk melawat galeri di Muzium ABDB.
Lawatan delegasi ke negara ini adalah sebahagian daripada program lawatan pertukaran di bawah Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dalam bidang Maklumat dan Penyiaran.