BOLKIAH GARRISON, Thursday 26 October 2017 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, today received a farewell call from Her Excellency Dr. Nurul Qomar, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Republic of Indonesia.
Her Excellency presented her Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Bolkiah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 25 February 2014.
During the call, the Deputy Minister of Defence expressed his appreciation on Her Excellency’s active contribution in further strengthening cooperation between both countries. Both sides reaffirmed the warm and close relations particularly in the areas of defence. This relationship has fostered through various interactions including exchange of visits, military exercises and meetings such as the Joint Defence Cooperation Committee (JDCC) meeting.
In November 2016, the 2nd JDCC was hosted by the Ministry of Defence of Republic of Indonesia in Jakarta, Republic of Indonesia. The JDCC was established through the Memorandum of Understanding (MOU) on defence cooperation by both countries signed in 2003.
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK INDONESIA
BOLKIAH GARISON, Khamis, 26 Oktober 2017 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Dr. Nurul Qomar, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam.
Puan Yang Terutama menghadapkan Surat Watikah Perlantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Februari 2014.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan juga merakamkan penghargaan atas sumbanga Puan Yang Terutama dalam mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua-dua buah negara. Hubungan ini telah diperkukuhkan melalui pelbagai interaksi termasuk pertukaran lawatan, eksesais ketenteraan dan mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Pertahanan Bersama (JDCC).
Pada November 2016, mesyuarat JDCC yang ke-2 telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Republik Indonesia di Jakarta, Republik Indonesia. Mesyuarat JDCC tersebut telah ditubuhkan melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia dalam kerjasama pertahanan pada tahun 2003.