PAMPANGA, PHILIPPINES, Monday, 23 October 2017 – The 11th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) commenced today at the ASEAN Convention Center in Clark, Pampanga, Philippines. The meeting was chaired by the Secretary of National Defense of the Philippines, His Excellency Delfin Negrillo Lorenzana.

Representing His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Colonel (Retired) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohd Yasmin Haji Umar, Minister of Energy and Industry at the Prime Minister’s Office.

Accompanying him were Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence and officers from the Prime Ministers’ Office and Ministry of Defence.

During the meeting, the Defence Ministers discussed the progress of the ADMM and the work that the ADMM will undertake in the next three years. The Ministers also expressed their satisfaction on the adoption of a number of initiatives this year that have contributed to the betterment of the security in the region. The meeting also witnessed a medal conferment ceremony by the Minister of Defence of Indonesia Ryamizard Ryacudu to all the other ASEAN Ministers for their contributions towards building peace and stability in the region.

The ministers then signed and proceeded with the handover of the Joint Declaration. The Declaration expressed concerns over the security challenges that the region faces and reaffirmed the ADMM’s commitment to work collectively with one another and partner countries to address these challenges through practical cooperation.

On the sidelines of the meeting, ASEAN Defence Ministers’ Informal Meetings were also held separately with China, Japan and the United States. Bilaterally, Brunei Darussalam called on the Philippines as the host, Malaysia and Singapore. Issues of mutual concern were discussed and ways to advance bilateral defence relations were explored.

Held for the first time on 9 May 2006, the ADMM is the highest defence consultative and cooperative mechanism in ASEAN. Amongst its objectives are to promote regional peace and stability through dialogue and cooperation in defence and security as well as to promote mutual trust and confidence through greater understanding of security challenges.




MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN KE 11

PAMPANGA, REPUBLIK FILIPINA, Isnin, 23 Oktober 2017 – Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ke 11 (ADMM) bersidang pada hari ini di Pusat Persidangan ASEAN, Clark, Pampanga, Republik Filipina. Mesyuarat tersebut di pengerusi oleh Setiausaha Pertahanan Nasional Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Delfin Negrillo Lorenzana.

Hadir bagi mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan  Negara Brunei Darussalam adalah Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Colonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohd Yasmin Haji Umar, Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri.

Juga turut hadir ialah Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, berserta pegawai- pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-Menteri Pertahanan membincangkan perkembangan dan usaha-usaha yang akan dijalankan oleh ADMM dalam tempoh tiga tahun akan datang. Menteri-Menteri Pertahanan juga merakamkan rasa puas hati terhadap inisiatif-inisiatif tahun ini yang menyumbang kepada peningkatan keselamatan rantau ini. Mesyuarat ini juga menyaksikan majlis penganugerahan pingat oleh Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Ryamizard Ryacudu, kepada semua Menteri-Menteri ASEAN atas jasa dan sumbangan mereka dalam membangunkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Para Menteri-Menteri Pertahanan juga menandatangani Deklarasi Bersama dan seterusnya menyerahankan Deklarasi Bersama. Deklarasi tersebut menyatakan kebimbangan-kebimbangan cabaran-cabaran keselamatan yang dihadapi oleh rantau ini. Deklarasi tersebut juga mengesahkan komitmen ADMM untuk berkerjasama sesama sendiri berserta rakan-rakan dialog untuk menangani cabaran-cabaran keselamatan melalui kerjasama praktikal.

Disamping Mesyuarat ADMM, Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan bersama Republik Rakyat China, Jepun dan Amerika Syarikat juga diadakan secara berasingan. Brunei Darussalam mengadakan perjumpaan dua hala dengan Republik Filipina sebagai tuan rumah, Malaysia dan Republik Singapura. Isu-isu keselamatan serantau telah dibincangkan dan cara-cara mempertingkatkan hubungan pertahanan dua hala juga diterokai.

Diadakan buat pertama kali pada 9 Mei 2006, Mesyuarat ADMM ada mekanisme perundingan dan kerjasama tertinggi ASEAN. Di antara lain, objektif Mesyuarat tersebut adalah untuk menggalakan keamanan dan kestabilan serantau melalui dialog dan kerjasama di dalam bidang pertahanan dan keselamatan berserta menggalakkan kepercayaan dan keyakinan bersama melalui kefahaman mendalam  terhadap cabaran-cabaran keselamatan.