BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday 22 October 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam today officially launched the Eco-Corridor Park and consented to grace the Junjung Kasih and Kesyukuran Ceremony.
The events were in conjunction with the Golden Jubilee Celebration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s Accession to the Throne.
During the event, a procession of decorated vehicles was also held to further enliven the Golden Jubilee celebration in which the Ministry of Defence participated.
The ministry’s decorated vehicle featured a mini replica of the Ministry of Defence building surrounded by land, navy and air defence assets. The design symbolises the many developments and achievements the tri-services have made throughout the 50 years of His Majesty’s reign.



KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI PERARAKAN KENDERAAN BERHIAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KDYMM MENAIKI TAKHTA
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 22 Oktober 2017 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyaksikan Perarakan Kenderaan Berhias, Perasmian Eko Koridor dan Majlis Menjunjung Kasih dan Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.
Dalam memeriahkan lagi suasana, perarakan kenderaan berhias turut disertai oleh Kementerian-kementerian termasuk Kementerian Pertahanan yang berarak di hadapan pentas diraja di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Kementerian Pertahanan mempersembahkan replika kecil bangunan Kementerian Pertahanan yang dikelilingi dengan aset-aset pertahanan gabungan darat, laut dan udara.
Reka bentuk tersebut melambangkan perkembangan yang mapan dan pencapaian-pencapaian gabungan ketiga-tiga perkhidmatan di sepanjang 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.