BOLKIAH GARRISON, Monday, 16 October 2017 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, today received an introductory call from His Excellency Dmytro Senik, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Ukraine to Brunei Darussalam, based in Singapore.
During the call, the Deputy Minister expressed his pleasure on meeting His Excellency. Both sides discussed on issues of mutual interest and explored further ways to strengthen the defence cooperation between Brunei Darussalam and Ukraine.
Brunei Darussalam established diplomatic relations with Ukraine on 30 October 1997. Since then, both sides have made a number of high and senior level visits including Ukraine’s participation in the Brunei Darussalam International Defence Exhibitions (BRIDEX).
On 30 March 2011, a milestone was achieved when both countries signed a Memorandum of Understanding on Cooperation in the Fields of Defence.The signing hoped to further facilitate defence cooperation between both countries.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI DUTA BESAR UKRAINE KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 16 Oktober 2017 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan, hari ini menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Dmytro Senik, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Ukraine ke Negara Brunei Darussalam, yang menetap di Republik Singapura.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri merakamkan rasa gembira di atas pertemuan bersama Tuan Yang Terutama. Kedua-dua pihak berbincang mengenai dengan isu-isu kepentingan bersama dan meneroka peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Ukraine.
Sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 30 Oktober 1997, kedua-dua buah pihak telah membuat beberapa pertukaran lawatan di peringkat tinggi dan kanan. Ini termasuk penyertaan Ukraine dalam Pameran Antarabangsa Pertahanan Negara Brunei Darussalam Exhibition (BRIDEX).
Pada 30 Mac 2011, Negara Brunei Darussalam dan Ukraine telah menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama di Bidang Pertahanan. Memorandum tersebut diharap akan dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua negara.