VICTORIA, CANADA, Wednesday, 6 September 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the 20th Annual Chiefs of Defense (CHOD) Conference 2017 in Victoria, Canada to discuss on peace and security in the Indo-Asia-Pacific region.

Twenty-eight Chiefs of Defence and representatives from the Indo-Asia-Pacific region attended the 20th CHOD Conference co-hosted by the Canadian Armed Forces and the United States Pacific Command (USPACOM) at the Fairmont Empress Hotel from 4 to 6 September 2017.

The theme for this year’s CHOD Conference is “The Future Security Environment: Challenges, Complexity and Cooperation.” Part of the conference agenda included working lunches and presentations by invited guest speakers on their respective subjects related to the conference theme, along with plenary sessions for CHODs to discuss on the subjects that were presented. During the welcoming reception, all CHODS also had the opportunity to meet The Honourable Harjit Singh Sajjan, the Minister of National Defence of Canada.

RBAF Commander also held courtesy calls with his CHOD counterparts to discuss on the warm bilateral ties between Brunei Darussalam and the respective countries, as well as future initiatives to further strengthen the professional relationship and personal friendship between armed forces of the Indo-Asia-Pacific region in general.

The conference ended with a Farewell Dinner at the Government House.







PEMERINTAH ABDB HADIRI PERSIDANGAN KE 20 CHOD 2017

VICTORIA, CANADA, Rabu, 6 September 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri Persidangan Chiefs of Defense (CHOD) 2017 kali ke-20 di Victoria, Kanada bagi membincangkan keamanan dan keselamatan di rantau Indo-Asia-Pasifik.

Dua puluh lapan orang Ketua Pertahanan dan wakil-wakil dari rantau Indo-Asia-Pasifik menghadiri Persidangan CHOD ke-20 yang dianjurkan oleh Canadian Armed Forces dan United States Pacific Command (USPACOM) di Fairmont Empress Hotel dari 4 hingga 6 September 2017.

Tema Persidangan CHOD tahun ini adalah “The Future Security Environment: Challenges, Complexity and Cooperation” atau “Persekitaran Keselamatan Masa Hadapan: Cabaran, Kerumitan dan Kerjasama.” Sebahagian daripada agenda persidangan termasuk makan tengah hari dan penyampaian kertas kerja oleh para penceramah-penceramah jemputan dengan subjek masing-masing yang berkaitan dengan tema persidangan, bersama dengan sesi pleno untuk CHOD bagi membincangkan perkara-perkara yang telah dibentangkan. Semasa majlis resepsi sambutan di Royal BC Museum pada hari pertama, semua CHOD berkesempatan untuk bertemu dengan The Honorable Harjit Singh Sajjan, Menteri Pertahanan Kanada.

Pemerintah ABDB juga mengadakan kunjungan hormat dengan rakan-rakan CHOD bagi membincangkan hubungan dua hala yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan negara masing-masing, serta inisiatif masa depan untuk memperkuatkan hubungan profesional dan jalinan persahabatan peribadi dikalangan angkatan bersenjata rantau Indo-Asia-Pasifik secara umum.

Persidangan berakhir pada hari terakhir dengan Makan Malam Perpisahan di Rumah Kerajaan.