TUTONG, Saturday, 24 October 2020 – In conjunction with the celebration of Maulidur Rasul SAW for the year 1442H, a delegation from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the Dikir Syarafil Anam event at the Masjid Kampung Bang Dalam.
The delegation was led by Brigadier General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary, Ministry of Defence.
Also in attendance were Deputy Permanent Secretary (Policy and Development) as well as senior officers from the Ministry of Defence and RBAF.
The event commenced after the Maghrib Prayer, with the recitation of Surah Al-Fatihah by Imam Mohd Aliyan bin Abdullah Suawat, the Imam Masjid Kampung Bang Dalam followed by the recitation of Surah Yaasin, Tahlil, Isya’ prayer and the reading of the prophet’s hadith followed by Dikir Marhaban by the congregation and delegation from the Ministry of Defence and RBAF.
The event continued with Doa Marhaban read by the Imam of Masjid Kampung Bang Dalam followed by the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.
DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB HADIRI ACARA DIKIR MAULUD DI MASJID KAMPONG BANG DALAM
TUTONG, Sabtu, 24 Oktober 2020 – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1442H, rombongan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menghadiri acara Dikir Syarafil Anam di Masjid Kampung Bang Dalammalam.
Rombongan diketuai oleh Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pembangunan) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Imam Mohd Aliyan bin Abdullah Suawat, Imam Masjid Kampung Bang Dalam diikuti dengan bacaan surah Yaasin, Tahlil, sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah dan bacaan Hadith Rasulullah SAW serta Dikir Marhaban daripada jemaah dan rombongan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis diteruskan dengan doa Marhaban yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Bang Dalam, diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.