
BOLKIAH GARRISON, Monday, 12 October 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, received an introductory call by Her Excellency Tiffany McDonald, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam today.
During the call, the Second Minister of Defence congratulated Her Excellency Tiffany McDonald on her appointment as Australian High Commissioner to Brunei Darussalam. Both sides expressed their utmost satisfaction on the close and strong defence relationship shared by Brunei Darussalam and Australia fostered through a spectrum of bilateral and multilateral engagements including in the form of agreements, exchanges of visits, military exercises, and interactions under ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus.
In recent months, the defence relations between both countries marked a number of significant milestones which included the establishment of a resident Australian defence representative in Brunei Darussalam; the inaugural working visit by Mr. John Moriarty, Australian Secretary of Defence; port visit by HMAS Dechaineux, the first submarine to dock in Brunei Darussalam; and the successful conduct of Exercise PENGUIN, a joint military exercise between the Royal Brunei Armed Forces and Australian Defence Force.
Her Excellency Tiffany McDonald presented her Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 10 September 2020.

KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin 12 Oktober 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima satu kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Tiffany McDonald, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.
Semasa kunjungan pengenalan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Puan Yang Terutama Tiffany McDonald sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua belah pihak merakamkan rasa gembira di atas hubungan pertahanan akrab dan kukuh yang terus dinikmati oleh Negara Brunei Darussalam dan Australia. Hubungan ini telah diperkukuhkan melalui interaksi dua hala dan pelbagai hala termasuk dalam bentuk perjanjian-perjanjian, pertukaran lawatan, eksesais ketenteraan dan interaksi di bawah ASEAN
Defence Ministers’ Meeting Plus.
Beberapa bulan kebelakangan ini, hubungan pertahanan di antara kedua-dua buah negara telah mencatatkan beberapa pencapaian yang penting, termasuk penubuhan penetapan wakil pertahanan Australia di Negara Brunei Darussalam; lawatan kerja yang pertama daripada Tuan John Moriarty, Setiausaha Pertahanan Australia; lawatan pelabuhan daripada HMAS Dechaineux, kapal selam pertama yang berlabuh di Negara Brunei Darussalam; dan perlaksanaan Eksesais PENGUIN antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Pertahanan Australia.
Puan Yang Terutama Tiffany McDonald telah menyampaikan Surat Watikah Perlantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 September 2020.