BERAKAS GARRISON, Tuesday, 6 October 2020 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Wives’ Welfare Organisation (BAKTI) organised a thanksgiving prayer ceremony in conjunction with the 74th birthday of Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison.
The event began with a mass Maghrib prayer followed by performing a Sunat Hajat prayer, recitation of Surah Yassin and thanksgiving Doa.
Present was the President of BAKTI, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz as Guest of Honour. Also present were the heads of BAKTI’s sub-units, committee and members of BAKTI.

BAKTI ADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KEBAWAH DYMM RAJA ISTERI YANG KE-74
BERAKAS GARISON, Selasa, 6 Oktober 2020 – Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang ke-74 tahun di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran.
Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, selaku Yang Di Pertua BAKTI. Turut hadir adalah Ketua-Ketua Cawangan BAKTI, ahli jawatankuasa dan ahli-ahli BAKTI.