MUARA NAVAL BASE, Friday 25 September 2020 –
Royal Brunei Navy (RBN) welcomed the return of KDB DARULEHSAN at Jetty Bravo, this morning, after having successfully participated in the largest multilateral maritime exercise, the 27th Rim of the Pacific (RIMPAC) 2020, in Hawaii, United States of America (USA) from 17-31 August.  

Present at the RBN Jetty to welcome KDB DARULEHSAN’s officers and crew was First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Commander of RBN, senior officers and officers of RBN. The arrival of KDB DARULEHSAN commenced with the recital of
doa selamat followed by the welcoming remarks by the Commander Navy.  

During the exercise, KDB DARULEHSAN successfully launched its EXOCET Missile, proving the capability and efficiency of RBN personnel in ensuring the readiness of equipment and missile armament systems. Other series of exercises were also executed such as War at Sea Exercise (WASEX) and Photo Exercise (PHOTOEX) with the purpose of enhancing interoperability. During the deployment, KDB DARULEHSAN also participated in bilateral Exercise PELICAN with Republic of Singapore Navy and the Multi-National Group Sail (MNGS), while  en route to Guam and Hawaii, respectively. 

The extensive activities during RIMPAC Exercise did not hinder the KDB DARULEHSAN’s
crew in celebrating Aidiladha and Hijrah’s Eve despite being away from families and loved ones. Officers and crew held a Khatam Al-Quran ceremony on the returning journey to Brunei Darussalam. This deployment marks a significant milestone in establishing RBN as a reliable maritime partner in the region and wider platforms.  

RIMPAC Exercise is a biennial exercise designed to foster and sustain cooperative relationships that is critical to ensuring the safety of sea lanes. With the theme of the exercise “Capable, Adaptive, Partners”, RIMPAC was participated by 10 countries which comprised of 22 naval ships and 5,200 personnel. Planners and exercise participants have meticulously shaped and developed RIMPAC 2020 to be a sea-phase only, as social interactions were prohibited throughout the exercise. 

 

KDB DARULEHSAN SELAMAT TIBA KE TANAH AIR DARI HAWAII, AMERIKA SYARIKAT 

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Jumaat 25 September 2020 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menyambut kepulangan KDB DARULEHSAN di Jeti Bravo pagi ini, setelah berjaya menyertai latihan maritim berbagai hala terbesar iaitu
Rim of the Pacific (RIMPAC) kali ke 27 di Hawaii, Amerika Syarikat pada 17 hingga 31 Ogos 2020. 

Hadir di pangkalan Jeti B bagi mengalu-alukan kepulangan KDB DARULEHSAN ialah Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, Pemerintah TLDB, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai TLDB. Ketibaan kapal KDB DARULEHSAN dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan diikuti dengan ucapan kata alu-aluan dari Pemerintah TLDB.  

Semasa Latihan tersebut, KDB DARULEHSAN telah berjaya melancarkan peluru berpandu
EXOCET, membuktikan keupayaan dan kecekapan pegawai dan anggota TLDB dalam memastikan kesiapsiagaan peralatan dan sistem peluru berpandu. Siri latihan yang lain juga dilaksanakan seperti
War at Sea Exercise (WASEX) dan
Photo Exercise (PHOTOEX) dengan tujuan untuk mengukuhkan interoperabiliti. Semasa pelayaran, KDB DARULEHSAN juga turut mengadakan latihan dua hala bersama Tentera Laut Republik Singapura bagi Latihan PELICAN dan
Multi-National Group Sail (MNGS) dalam pelayaran ke Guam dan Hawaii. 

Kegiatan yang meluas selama latihan RIMPAC tidak menghalang anak-anak kapal KDB DARULEHSAN dari menyambut Aidiladha dan Malam Hijrah walaupun jauh dari keluarga tersayang. Pegawai dan anak-anak kapal juga mengadakan upacara Khatam Al-Quran dalam perjalanan pulang ke Negara Brunei Darussalam. Pelayaran pada tahun ini menandakan kepentingan dalam penubuhan TLDB sebagai rakan maritim yang boleh dipercayai di rantau ini.  

Latihan RIMPAC adalah latihan yang diadakan setiap  dua tahun yang dirancang untuk memupuk dan mengekalkan hubungan kerjasama yang sangat penting untuk menjamin keselamatan jalan laut. 

Tema latihan pada tahun ini ialah
“Capable, Adaptives, Partners” hanya disertai oleh 10 negara yang di wakili oleh 22 buah kapal Angkatan Tentera yang terdiri daripada 5,200 anggota. Berikutan dengan Pandemik COVID-19 hanya latihan fasa laut dikendalikan sepanjang latihan diadakan kerana arahan penjarakan sosial.