HAWAII, USA, Saturday, 29 August 2020 – The Royal Brunei Navy’s vessel Kapal Diraja Brunei (KDB) DARULEHSAN commanded by Commander Haji Edy Jofren bin PDP Dato Paduka Haji Abdul Jalil marks a special juncture in history when it launched its MM40 BII EXOCET Missile at the Pacific Missile Range Facility (PMRF), Hawaii, in the Live Firing Event ‘Sinking Exercise’ (SINKEX) serial whilst participating in the RIMPAC 2020 Exercise.
With this achievement, KDB DARULEHSAN has successfully achieved full operational capability in all aspects following the triumph of her sister ships KDB DARUSSALAM and KDB DARULAMAN for missiles firing in Exercise RIMPAC 2014.
RBN officers and crew worked relentlessly during the preparation and execution of the RIMPAC 2020 which contributed to the success of SINKEX firing dated 29 August 2020 at 1729W (30 August 2020 at 1129H Brunei time). Not only have they gained invaluable experiences, they have also proved themselves capable, which adds another significant accomplishment to KDB DARULEHSAN’s operational capability and marks another major milestone for the Royal Brunei Navy.
RIMPAC, the Rim of the Pacific Exercise, is the world’s largest international maritime exercise hosted by the United States Navy. This year’s RIMPAC, held from 17-31 August around the Hawaiian Islands, included 20 ships from 10 participating countries and focused at-sea-only event to reduce the risk of the COVID-19 pandemic. RIMPAC depicts defence diplomacy essentially to enhance interoperability among world navies as a means of promoting stability in the region to the benefit of all participating nations.
KDB DARULEHSAN will depart Hawaii on 4 September 2020 for the voyage back and is scheduled to arrive in Muara Naval Base, Brunei Darussalam on 25 September 2020.


KDB DARULEHSAN LANCARKAN PELURU BERPANDU EXOCET MM40 DI EKSESAIS RIMPAC 2020
HAWAII, USA, Sabtu, 29 Ogos 2020– Kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) Kapal Diraja Brunei (KDB) DARULEHSAN yang diperintah oleh Komander Haji Edy Jofren bin PDP Dato Paduka Haji Abdul Jalil telah menandakan titik penting dalam sejarah apabila berjaya melancarkan peluru berpandu MM40 BII EXOCET di Pacific Missile Range Facility (PMRF), Hawaii, dalam siri Live Firing ‘Sinking Exercise’ (SINKEX) semasa menyertai Eksesais RIMPAC 2020.
Dengan pencapaian ini, KDB DARULEHSAN telah berjaya mencapai kemampuan operasi sepenuhnya dalam semua aspek yangmana kejayaan ini juga telah dicapai oleh KDB DARUSSALAM dan KDB DARULAMAN semasa latihan penembakan peluru berpandu semasa Eksesais RIMPAC 2014 yang lalu. Para pegawai dan anggota TLDB telah bekerja keras bagi persiapan dan pelaksanaan Eksesais RIMPAC 2020 yang menyumbang kepada kejayaan penembakan SINKEX pada 29 Ogos 2020 pada jam 1729W (30 Ogos 2020 pada jam 1129H waktu Brunei). Mereka bukan sahaja memperolehi pengalaman yang tidak ternilai, bahkan mereka telah membuktikan kebolehan mereka, yang menambahkan satu lagi pencapaian penting dalam kemampuan operasi KDB DARULEHSAN dan menandakan satu lagi kejayaan besar bagi Tentera Laut Diraja Brunei.
RIMPAC, atau the Rim of the Pacific Exercise, adalah latihan maritim antarabangsa terbesar di dunia yang dihoskan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. RIMPAC tahun ini diadakan dari 17-31 Ogos di sekitar Kepulauan Hawaii, melibatkan 20 kapal dari 10 negara peserta dan acara dikhususkan di laut sahaja bagi mengurangkan risiko wabak COVID-19. RIMPAC menggambarkan diplomasi pertahanan pada dasarnya, untuk meningkatkan interoperability di antara angkatan-angkatan tentera laut sedunia sebagai kaedah untuk mempromosikan kestabilan di rantau ini bagi kepentingan semua negara yang mengambil bahagian.
KDB DARULEHSAN akan berlepas dari Hawaii pada 4 September 2020 untuk pelayaran balik dan dijadualkan tiba di Pangkalan Tentera Laut Muara, Negara Brunei Darussalam pada 25 September 2020.