BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 1 September 2020  – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence received a farewell call from the outgoing Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

During the call, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi conveyed his utmost appreciation for Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan’s over 30 years of services rendered to the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces particularly throughout Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan’s tenure as the Commander of the Royal Brunei Armed Forces.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi also wished Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan well in all future undertakings.

Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan was appointed as the 10th Commander of Royal Brunei Armed Forces on 31 January 2018. A handover and take over ceremony also took place today between Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan and Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, in which the latter will assume duty as the 11th Commander of RBAF.






MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN DARI PEMERINTAH ABDB

BOLKIAH GARISON, Selasa, 1 September 2020 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud yang akan menamatkan perkhidmatan.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi merakamkan setinggi penghargaan diatas jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan kepada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selama berkhidmat melebihi 30 tahun, khususnya disepanjang Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan memegang tampuk pemerintahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi seterusnya turut mendoakan kejayaan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan setelah persaraan.

Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan dilantik sebagai Pemerintah ABDB yang ke-10 pada 31 Januari 2018. Upacara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB diadakan pada hari yang sama di antara Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan dan Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat yang mana akan mengambil alih tugas sebagai Pemerintah ABDB yang ke-11.