BOLKIAH GARRISON, Friday, 28 August 2020 – The Joint Force Headquarters (JFHQ) held a handover ceremony between its outgoing Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim and the incoming Commander, Brigadier General Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir at Wira Seni Hall, RBAF Band, Bolkiah Garrison this morning.
Also present during the ceremony were the Deputy Joint Force Commander, senior officers, officers, sergeant major JFHQ and other ranks of JFHQ.
The ceremony started with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a farewell speech from the outgoing Joint Force Commander. This was continued with the signing of the Handing Over Certificate marking the official handing over of the Joint Force Commander. The newly appointed Joint Force Commander, Brigadier General Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir also delivered his inaugural speech as the 6th Joint Force Commander.
The ceremony concluded with a Closing Doa led by Captain Mohd Ayza Azrine bin Ayahani, Operational Officer from RBAF Religious Department (JAMA’AT) and a photo session with JFHQ personnel.


MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 28 Ogos 2020 – Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas di antara Mantan Pemerintah Angkatan Bersama, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim dan Pemerintah Angkatan Bersama yang baharu iaitu Brigedier Jeneral Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir bertempat di Dewan Wira Seni, Bangunan Pancaragam, Bolkiah Garison pagi ini.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, Sarjan Mejar dan anggota-anggota MAB ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah Angkatan Bersama. Acara diteruskan dengan Penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah Angkatan Bersama secara rasmi. Brigedier Jeneral Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir turut menyampaikan ucapan selaku Pemerintah Angkatan Bersama yang ke-6.
Majlis ini diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang diketuai oleh Kapten Mohd Ayza Azrine bin Ayahani, Pegawai Operasi, Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) dan sesi bergambar ramai dengan anggota Angkatan Bersama.