PENANJONG GARISON, Monday, 24 August 2020
– The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) organised a
farewell ceremony for Major General Pengiran Dato Paduka
Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed
Forces (RBAF) that took place at Dewan Nikmat TI RBAF, Penanjong Garison
this morning.
The
arrival of RBAF Commander was received by Colonel Mohd
Shafiee bin Haji Duraman, Commandant of TI RBAF, along with officers and
personnel of TI RBAF.
The
ceremony commenced with the recitation of surah Al-Fatihah led by
Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of RBAF Religious
Department (JAMA’AT). This was followed by an appreciation speech
conveyed by Commandant TI RBAF where he expressed his sincere
appreciaton and gratitude to Commander RBAF for his relentless support
and wisdom in improving military training in TI RBAF.
The
ceremony then proceeded with presentation of farewell gift to RBAF Commander by Commandant TI RBAF. This was followed by a farewell speech by RBAF Commander where he reminded all personnel of TI RBAF to always
maintain high level of discipline, high quality military training and to
exhibit quality and effective leadership through Lead by Example. He
also mentioned the importance of balancing work and family time.
A
special “Ristaan” video clip was also played to reminisce RBAF Commander early years in his career in RBAF. This was followed by planting a
pair of dates sapling at the vicinity of the Surau Al-Hikmah and a
group photo with TI RBAF officers and Senior Non-Commission Officers to
conclude the ceremony.



MAJLIS PERPISAHAN PEMERINTAH ABDB KE INSTITUT LATIHAN ABDB
PENANJONG GARISON, Isnin, 24 Ogos 2020
– Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah
mengadakan Majlis Perpisahan bagi Mejar Jeneral Pengiran Dato
Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Dewan Nikmat IL ABDB,
Penanjong Garison pagi ini.
Ketibaan
Pemerintah ABDB telah dijunjung oleh Kolonel Mohd
Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB berserta pegawai-pegawai dan
warga IL ABDB.
Majlis
dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang telah dipimpin oleh
Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua Jabatan Agama
ABDB (JAMA’AT).
Majlis
diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Komandan IL ABDB
dimana beliau telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan
menjunjung kasih kepada Pemerintah ABDB di atas kebijaksanaan serta
sokongan padu dalam meningkatkan mutu latihan-latihan tentera di IL
ABDB.
Majlis
seterusnya diserikan dengan acara penyampaian cenderahati yang telah
disempurnakan oleh Komandan IL ABDB kepada Pemerintah ABDB. Sejurus itu,
Pemerintah ABDB dijunjung untuk menyampaikan ucapan perpisahan beliau
dimana Pemerintah ABDB telah menasihatkan semua warga IL ABDB agar
sentiasa mengekalkan tahap disiplin dan piawaian latihan yang tinggi
serta mempamerkan tahap kepimpinan yang berkualiti dan berkesan dengan
menggunakan prinsip Lead by Example. Pemerintah ABDB juga menyentuh
tentang kepentingan mengimbangi kerja dan masa bersama keluarga.
Satu
klip video “Ristaan” khas telah ditayangkan bagi mengimbas kembali
detik sejarah awal permulaan kerjaya Pemerintah ABDB di IL ABDB khasnya
dan ABDB amnya. Ini diikuti dengan acara menanam anak pohon-pohon Kurma
di hadapan Surau Al-Hikmah serta sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.