BRUNEI DARUSSALAM, Sunday, 16 August 2020 – Kapal Diraja Brunei (KDB) SYAFAAT of Royal Brunei Navy (RBN) has been dispatched to assist a rescue operation of eight fishermen from a capsized boat approximately three nautical miles North-West off Maharajalela oil rig.

Initial reports stated that The RIDGEBURY KATHERINE Z, a tanker owned by Ridgebury Tankers sighted the semi submerged boat at 4pm in the afternoon and immediately rescued its crew members comprising of seven locals and one Indonesian national.  

The RBN KDB SYAFAAT then facilitated in transferring the rescued fishermen from the tanker onto the RBN vessel and brought them back to Muara Naval Base before they were handed over to Police Marine, Royal Brunei Police Force.

All the rescued fishermen are in good health and did not sustained any injuries.



 

LAPAN ORANG NELAYAN DISELAMATKAN AKIBAT BOT KARAM


BRUNEI DARUSSALAM, Ahad, 16 Ogos 2020 – Kapal Diraja Brunei (KDB) SYAFAAT Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah dihantar untuk membantu dalam operasi menyelamat lapan nelayan dari sebuah bot terbalik kira-kira tiga batu nautika Utara-Barat dari pelantar minyak Maharajalela.

Laporan awal menyatakan bahawa The RIDGEBURY KATHERINE Z, sebuah kapal tangki milik Ridgebury Tankers melihat kapal yang tenggelam pada sekitar jam 4 petang dan segera menyelamatkan anak-anak buah kapal yang terdiri daripada tujuh penduduk tempatan dan seorang warga Indonesia.

KDB SYAFAAT TLDB membantu memindahkan nelayan-nelayan yang diselamatkan dari kapal tangki ke kapal TLDB dan membawa mereka balik ke Pangkalan Muara sebelum mereka diserahkan kepada Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Semua nelayan yang diselamatkan adalah dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.