MUARA, Tuesday, 11 August 2020 – The Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, made a farewell visit to the Royal Brunei Navy (RBN) this morning.

Upon arrival to the Muara Naval Base, he was welcomed by the Commander of RBN, First Admiral Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily as well as senior officers at the RBN.

This was followed by a farewell ceremony held at the RBN’s Multi-purpose Hall where the Commander of RBAF gave a speech that underscored the importance of maintaining discipline and conduct, standards and professionalism, and quality leadership. He also highlighted the distinctive naval tradition that sets RBN apart from the other services and one that should be a source of pride and continually nurtured.

The ceremony concluded with presentation of mementos to the Commander of RBAF received from RBN officers, senior ranks and other ranks, followed by a closing prayer and group photo session.

 








MAJLIS PERPISAHAN PEMERINTAH ABDB KE TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

MUARA, Selasa, 11 Ogos 2020 – Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud telah mengadakan lawatan perpisahan ke Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pada pagi ini.

Sebaik tiba di Pangkalan Muara, Pemerintah ABDB telah disambut oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily dan pegawai-pegawai kanan TLDB.

Ini diikuti dengan Majlis Perpisahan di Dewan Serbaguna TLDB dimana Pemerintah ABDB turut menyampaikan ucapan yang menitikberatkan kepentingan menjaga disiplin dan tingkah laku, piawaian dan profesionalisme, dan kepimpinan yang berkualiti.

Pemerintah ABDB juga menekankan tradisi angkatan laut yang khusus dan unik yang membezakan TLDB daripada yang lain dimana ianya patut menjadi sumber kebanggaan dan sentiasa dipupuk.

Majlis di akhiri dengan pemberian cenderahati kepada Pemerintah ABDB daripada pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan Rendah TLDB, dan diikuti dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.