BOLKIAH GARRISON, Thursday, 23 July 2020 – The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof attended a presentation on the 15th Executive Development Program’s (EDP) top Policy Analysis Exercise (PAE) paper, delivered by Lieutenant Colonel Alirudimi bin Haji Perudin.
 
The session was joined by other members of the Defence Executive Committee (DEC), the Commandant of Defence Academy, and Director of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies. 

The presentation entitled, “Increasing the Proportion of Persons with Mobility Disability Employed in the Public Sector,” highlighted that employment for persons with disabilities in Brunei Darussalam remains low as existing barriers and discrimination make it harder for them to secure a job. The presenter identified that the preferred approach towards creating a friendlier climate is to adopt a holistic policy aiming to provide fair opportunities for people with disabilities and raised awareness on their rights.

The presentation session of the top PAE paper is a step-up from previous years as this is done for the first time. It is hoped that this would encourage future participants to be more enthusiastic in their PAE research, with the potential of having their policies studied for further consideration.


JAWATANKUASA EKSEKUTIF PERTAHANAN MENGHADIRI SESI PEMBENTANGAN KERTAS POLICY ANALYSIS EXERCISE TERBAIK

BOLKIAH GARISON, Khamis, 23 Julai 2020  – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof telah menghadiri sesi pembentangan kertas Policy Analysis Exercise (PAE) terbaik yang telah dihasilkan semasa Program Perkembangan Eksekutif siri ke-15 yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel Alirudimi bin Haji Perudin. 

Sesi tersebut telah disertai oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan (JEP), Komandan Akademi Pertahanan dan Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pembentangan yang bertajuk, “Meningkatkan Pengambilan Pekerjaan di Kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Sektor Awam,” mengetengahkan bahawa pengambilan pekerjaan bagi OKU di Negara Brunei Darussalam masih di peringkat yang rendah berikutan terdapatnya penghalang-penghalang yang sedia ada dan diskriminasi yang merumitkan OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Pembentang telah mengenalpasti penambaikan situasi ini adalah dengan mewujudkan polisi yang holistik untuk memberi peluang yang sama rata bagi OKU dan meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak mereka.

Sesi pembentangan kertas PAE terbaik ini adalah merupakan penambahbaikan dari tahun-tahun yang lalu kerana ini adalah kali pertama ia dilaksanakan. Adalah diharapkan sesi seperti ini akan mendorong peserta EDP pada masa hadapan untuk lebih bersemangat dalam membuat kertas penyelidikan PAE mereka, dengan potensi sebahagian polisi-polisi ini akan dipertimbangkan dengan lebih lanjut.