BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 14 July 2020 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a thanksgiving ceremony at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison in conjunction with the 74th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. 

Among those who were present at the event were senior officers, officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony began with the mass Maghrib prayer, Hajat prayer and followed by the recitation of
Doa Khusus led by Imam Shuib bin Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison. Similar thanksgiving ceremonies were also held simultaneously at all of the RBAF camps. 

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-74 TAHUN

BOLKIAH GARISON, Selasa, 14 Julai 2020 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74 tahun. 

Antara yang hadir di majlis tersebut ialah pegawai–pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, Solat Hajat dan diikuti dengan Doa khusus yang diketuai oleh Imam Shuib bin Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Majlis yang sama juga diadakan di semua perkhemahan ABDB.