BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 10 June 2020 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from His Excellency Richard Stephen Lindsay, British High Commissioner to Brunei Darussalam today.

Also in attendance at the call was the Chief of Staff RBAF, Director of Intelligence and UK’s Defence Adviser to Brunei Darussalam.

During the call, the Commander of RBAF expressed pleasure in meeting His Excellency Richard Lindsay and congratulated him on his contributions throughout his tenure especially the renewal of Exchange of Notes in February 2020 and the success of the Brunei-UK beach run in November 2019.

Both parties also hoped to interact regularly through various platforms such as professional exchanges and military trainings/courses in further strengthening the mutual understanding and friendship among personnel. The Commander of RBAF then wished His Excellency all the best in his future endeavours.

His Excellency Richard Lindsay was appointed as the British High Commissioner to Brunei Darussalam on the 10 August 2017 replacing the former British High Commissioner, His Excellency David Campbell.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 10 Jun 2020 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.

Turut hadir semasa kunjungan hormat adalah Ketua Staf ABDB, Pengarah Perisikan dan Penasihat Pertahanan British ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB telah menyatakan rasa gembira atas perjumpaannya bersama Tuan Yang Terutama Richard Lindsay dan mengucapkan tahniah di atas pencapaian beliau di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau khususnya penandatanganan ‘Exchange of Notes’ serta kejayaan acara larian pantai Brunei-UK pada November 2019. Kedua belah pihak juga berhasrat untuk berinteraksi lebih kerap melalui pelbagai landasan seperti pertukaran profesionalisme dan kursus/latihan-latihan ketenteraan untuk mengeratkan lagi persefahaman dan persahabatan antara anggota-anggota angkatan tentera.

Pemerintah ABDB kemudiannya mendoakan kejayaan Tuan Yang Terutama di masa hadapan.

Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam bermula pada 10 Ogos 2017 bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British sebelumnya, Tuan Yang Terutama David Campbell.