
LEBANON, Saturday, 30 May 2020 – With the theme
‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’,
the
Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Contingent MALBATT 850-7 operating under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) Peacekeeping Mission commemorated
the RBAF 59th
anniversary in the Kawkaba Mosque, Ma’arakah Camp, South Lebanon with a Doa Kesyukuran
gathering
as an effort to contain the COVID-19 outbreak.
Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Johan Effendi bin Haji Mohd Shalleh, Deputy Commander of MALBATT 850-7.
The event began with the Maghrib prayer, followed by the recital of Yaasin and Tahlil, as well as the
Doa Kesyukuran to commemorate the 59th RBAF anniversary led by the RBAF Contingent Commander, Major Mohd Hishamudidn bin Haji Marzoki. The event ended with dinner with members of the MALBATT 850-7 after the Isya’ prayer.
The theme for the RBAF 59th anniversary is ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.
****************************
KONTINJEN UNIFIL ABDB MALBATT 850-7 SAMBUT ULANG TAHUN ABDB KE-59
LEBANON, Sabtu, 30 Mei 2020 – Dengan bertemakan
‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’, Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bernaung dibawah MALBATT 850-5 misi pengaman
United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah menyambut Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-59 di Masjid Kawkaba, Kem Ma’arakah, Selatan Lubnan dengan acara Doa Kesyukuran sebagai usaha untuk membendung wabak COVID-19.
Hadir sebagai tetamu jemputan ialah Leftenan Kolonel Johan Effendi bin Haji Mohd Shalleh, Timbalan Komander MALBATT 850-7.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran Khas Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-59 dipimpin oleh Ketua Kontinjen ABDB, Mejar Mohd Hishamuddin bin Haji Marzoki. Majlis diakhiri dengan jamuan bersama warga MALBATT 850-7 selepas selesainya sembahyang Fardhu Isya’.
Tema Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB pada tahun ini ialah ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’.