BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 15 April 2020 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a blood donation campaign at the Blood Donation Centre, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital.
The two days campaign, organised in collaboration with the Blood Donation Center, RIPAS Hospital aims to supplement blood donations for those in need and help the centre to fulfill its mission in ensuring safe and reliable blood supply.
The RBAF and Ministry of Defence personnel participating as blood donors also adhered to precautionary measures throughout the campaign as advised by the Ministry of Health to prevent the spread of COVID-19.
The Blood Donation campaign is part of the Ministry of Defence and RBAF’s social commitment and responsibility in assisting the government particularly the Ministry of Health in addressing COVID-19.



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI KEMPEN DERMA DARAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 April 2020 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Kempen derma darah yang diadakan selama dua hari ini dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS adalah bertujuan untuk membantu menambahkan tabung darah bagi yang bekeperluan dan juga bagi memenuhi misi Pusat Pendermaan Darah bagi memastikan ketersediaan bekalan darah yang selamat dan dipercayai.
Para penderma darah yang terdiri dari anggota ABDB dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan turut patuh pada melaksanakan langkah berjaga-jaga sepanjang kempen ini seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan jangkitan wabak COVID-19.
Kempen Derma Darah tersebut merupakan sebahagian daripada
komitmen dan tanggungjawab sosial Kementerian Pertahanan dan ABDB yang dilaksanakan ke arah usaha membantu pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam menangani COVID-19.