BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 4 March 2020 – In conjunction with the 36th National Day celebration of Brunei Darussalam, the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today held a Khatam Al-Quran ceremony at Surau Ad-Difa’.
Present as the guest of honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence.
Also present were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
It was also attended by Service Commanders; Deputy Permanent Secretary; Directors; Commandants; senior officers and RBAF personnel.
The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah followed by surah Ad-Dhuha and concluded with a mass Asar prayer. In addition to commemorate the national day celebration, the ceremony was also held to encourage and cultivate a practice of reading the Al-Quran among the Muslims within the ministry and RBAF.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36
BOLKIAH GARISON, Rabu, 4 Mac 2020 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-36, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Ad-Difa’.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan. Majlis dihadiri oleh Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-pengarah, Komandan-komandan; pegawai-pegawai kanan; dan anggota-anggota ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah. Di samping menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan, majlis tersebut juga diadakan untuk mengalakkan dan melestarikan amalan pembacaan Al-Quran bagi warga Islam di kementerian dan ABDB.