BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 1 March 2020 – His Majesty Sultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to participate in the cycling event ‘Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020’ with other members of the Royal family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020, organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports was held in conjunction with the 36th National Day celebration, which aimed to support the aspiration of the Nation by revitalizing Bandar Seri Begawan through the activities of ‘Bandar Ku Ceria’ and supporting Brunei Darussalam’s National Healthy Living Program.
Among the participants were 845 personnel from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) including their families, led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.
Also present were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Services Commanders, Deputy Permanent Secretary, Directors, Commandants, senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.
The event began with a religious programme ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ at the Omar’ Ali Saifuddien Mosque. Today’s topic of tazkirah was ‘Jadilah Hamba Yang Bersyukur Bersempena Dengan Hari Kemerdekaan’ delivered by Dr Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah, from the Islamic Da’wah Centre.
The Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 route covered a distance of 11.5 kilometer, passing several main roads along Bandar Seri Begawan.
A number of side events were also held on the side, including on-field performances which was organised by other government agencies also with the private sector. The Ministry of Defence and RBAF also organised Bike Balancing Challenge and 36 Workout Challenge, which was open to public for free.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT KEBANGSAAN 2020
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 Mac 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36, antara lain ianya bertujuan ke arah mendokong aspirasi Negara dengan menghidupkan Bandar Seri Begawan melalui aktiviti Bandar Ku Ceria dan mendokong Program Gaya Hidup Sihat Negara Brunei Darussalam.
Seramai 845 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.
Turut serta ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-pengarah, Komandan-komandan; pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Acara riadah Bandarku Ceria dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat dengan tazkirah bertajuk ‘Jadilah hamba yang bersyukur bersempena dengan Hari Kemerdekaan’ yang disampaikan oleh Dr Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah dari Pusat Dakwah Islamiah.
Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2020 mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh hampir 11.5 kilometer, melalui beberapa jalan utama di Bandar Seri Begawan.
Selepas riadah berbasikal, beberapa acara sampingan turut diadakan termasuk persembahan padang yang dikendalikan oleh beberapa agensi-agensi Kerajaan dan pihak swasta. Manakala, Kementerian Pertahanan dan ABDB mengadakan aktiviti ‘Bike Balancing Challenge’ dan ‘36 Workout Challenge’ yang dibukakan secara percuma untuk orang ramai.