BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 23 February 2020 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 36th National Day with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
The celebration began with the national anthem, following which His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam inspected the Guard of Honour mounted by 409 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force, and a combined band from RBAF and Royal Brunei Police Force under the Parade Commander, Lieutenant Colonel Rudie Asmawie Bin Haji Abidin.
A march-past comprising of about 200 participants from the Ministry of Defence was led by the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. Also taking part were Deputy Permanent Secretary, Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, Acting Deputy Permanent Secretary, Haji Muhd Shahrul Nizzam bin Umar, directors, senior officers and staff of the Ministry.
Meanwhile, 1,236 RBAF personnel joined the march past led by
Captain Norshahrinizam bin Haji Talib, RBN. RBAF personnel were also involved in the parade as flag bearers who ushered a large-sized version of Brunei Darussalam’s national flag, as well as the RBAF Band that played patriotic songs throughout the celebration.
More than 161 teams comprising officers and personnel from government agencies, higher education institutions, colleges, schools, and Non-Government Organisations of more than 26,000 participants took part in Brunei Darussalam’s 36th National Day celebration this year, carrying the theme,
‘Menjayakan Wawasan Negara’.








KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-36 bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memeriksa perbarisan seramai 409 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan gabungan pancaragam ABDB dan PDB di bawah kawalan Ketua Perbarisan, Lieutenant Colonel Rudie Asmawie Bin Haji Abidin.
Acara perbarisan lalu dari Kementerian Pertahanan seramai 200 orang, diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. Turut serta ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, Pemangku Setiausaha Tetap, Haji Muhd Shahrul Nizzam bin Umar, serta pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Sementara itu, seramai 1,236 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai acara perbarisan yang diketuai oleh
Kepten Norshahrinizam bin Haji Talib, TLDB. Anggota ABDB juga terlibat dalam membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang besar serta pasukan Pancaragam ABDB yang memainkan lagu-lagu patriotik negara.
Sebanyak 161 pasukan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah serta persatuan-persatuan seramai lebih 26,000 orang mengambil bahagian dalam acara perbarisan tahun ini.
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 bertema ‘Menjayakan Wawasan Negara’.