BOLKIAH GARRISON, Monday, 17 February 2020 – His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, today attended a High Tea Reception hosted by Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (ABDB) in conjunction with the 46th Birthday Celebration of His Royal Highness the Crown Prince which was held at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.

Accompanying His Royal Highness the Crown Prince and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Upon arrival, His Royal Highness and Her Royal Highness and members of the Royal Family were greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence; and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander.

During the reception, His Royal Highness interacted with the officers and personnel of the RBAF consists of Brunei Darussalam’s 15th International Monitoring Team (IMT) to Mindanao, Republic of the Philippines; RBAF personnel embedded under the Malaysian Battalion 850-6 (MALBATT 850-6) for the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL); medal winners at the 26th ASEAN Armies Rifle Meet 2019 in Bandung, Republic of Indonesia; RBAF Commendation Award recipient of the 9th RBAF Command and Staff Course 2019; RBAF personnel who received awards of excellence while studying at Politeknik Brunei and IBTE; medal winners at the 2019 SEA Games in the Republic of Philippines; and newly commissioned officers who received awards of excellence during the recent Sovereign’s Parade Ceremony for the 18th intake of officer cadets, RBAF Officer Cadet School.

His Royal Highness then received a photobook album titled ‘Sejambak Ristaan XIII,’ a photographs collection of His Royal Highness during his visits to Ministry of Defence and the RBAF, and followed with the signing of a Commemorative Parchment.

At the reception, His Royal Highness was also presented with a birthday cake and a pesambah from members of the RBAF. To bless the ceremony, Doa Kesyukuran was read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim of the Royal Brunei Navy (RBN), as Head of the RBAF Religious Department.

At the end of the reception, His Royal Highness and Her Royal Highness and members of the Royal Family received Junjung Ziarah from all the officers and personnel attending the reception.


MAJLIS SANTAP PETANG SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA KE-46 TAHUN

BOLKIAH GARISON, Isnin, 17 Februari 2020 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ke-46 Tahun yang dihoskan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta ahli-ahli Kerabat Diraja di Mes Pegawai Bolkiah Garison dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB yang terdiri daripada Pasukan Pemantau Antarabangsa (PPA) ke-15 Negara Brunei Darussalam ke Mindanao, Republik Filipina; anggota-anggota ABDB yang mengikuti Penugasan Misi Pengaman di dalam Malaysian Battalion (MALBATT 850-6) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL); pemenang-pemenang pingat dalam kejohanan menembak 26th ASEAN Armies Rifles Meets (AARM) di Bandung, Republik Indonesia 2019; penerima RBAF Commendation Award bagi Kursus Maktab Turus ABDB ke sembilan 2019; anggota ABDB yang mendapat keputusan cemerlang di Politeknik Brunei dan IBTE; pemenang–pemenang pingat semasa Sukan SEA 2019 di Republik Filipina; dan pegawai-pegawai baru ditauliahkan yang menerima anugerah-anugerah terbaik di Upacara Sovereign’s Parade bagi Pegawai-pegawai Kadet Pengambilan Ke-18, Sekolah Pegawai Kadet ABDB.

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan menerima senaskhah buku album gambar bertajuk ‘Sejambak Ristaan XIII’ yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan sempena lawatan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ke Kementerian Pertahanan dan ABDB, dan diikuti dengan menandatangani Lembaran Kenangan.

Duli Yang Teramat Mulia juga disembahkan dengan kek puja usia dan menerima pesambah. Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Ketua Jabatan Agama ABDB.

Di akhir Majlis, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri serta ahli-ahli Kerabat Diraja menerima junjung ziarah dari pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.