
SERASA WATER SPORTS COMPLEX, Sunday, 16 February 2020 – The Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB) had participated in the 26th Brunei National Traditional Boat Race Championship for 2020 in which MS ABDB team won in two categories and became the overall winner for 2020.
The tournament was held at the Serasa Water Sports Complex, Muara in conjunction with the annual event of Brunei National Boatrace Association.
The tournament was organized for local teams from Brunei Darussalam with the main purposes of attracting youths to participate in the sport and scout for potential rowers to represent Brunei Darussalam at the international level. Additionally, the speedboat racing events were also conducted to attract visitors.
Eight categories were contested in total, in which two categories were participated by MS ABDB team: Inter-Ministries events (Fiberglass Boats 15 and 20 rowers) and Open (Traditional Boats 25 and 30 rowers).
The winning awards were presented by the Minister of Culture, Youth and Sports, Yang Berhormat Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin as the Guest of Honour of the event.

PASUKAN MS ABDB JUARA KEJOHANAN LUMBA PERAHU TRADISIONAL KEBANGSAAN KALI KE 26
KOMPLEKS SUKAN AIR SERASA, Ahad, 16 Februari 2020 – Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) telah mengikuti Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan kali ke 26 bagi tahun 2020 dan turut meraih kejuaraan dalam dua kategori, sekaligus merebut kejuaraan keseluruhan bagi tahun 2020.
Kejohanan ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Air Serasa, Muara, bersempena dengan aktiviti tahunan Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Kejohanan ini telah dianjurkan bagi Pasukan-Pasukan dari Negara Brunei Darussalam dan bertujuan untuk menarik minat para-para belia menyertai sukan tersebut dan sekaligus memilih pekayuh yang berpotensi bagi mewakili Negara Brunei Darussalam ke tahap antarabangsa. Selain daripada acara Lumba Perahu Tradisi, acara lumba bot-bot laju juga dipertandingkan bagi memeriahkan lagi suasana serta menarik minat para pengunjung.
Sebanyak lapan kategori telah dipertandingkan, yangmana Pasukan MS ABDB mengikuti dua kategori iaitu acara Kementerian (Lumba Perahu Fiberglass 15 dan 20 Pekayuh) dan Terbuka (Lumba Perahu Tradisi 25 dan 30 Pekayuh).
Kejohanan Lumba Perahu tersebut telah disempurnakan dengan penyampaian hadiah-hadiah oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Tetamu Kehormat Majlis.