BANDUNG, INDONESIA, Wednesday, 27 November 2019 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force attended the 20th ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (20th ACAMM) held from 24 to 27 November 2019 in Bandung, Indonesia.
The meeting was officiated by the Minister of Defence, Prabowo Subianto and chaired by General Andika Perkasa, Chief of Staff of the Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI AD). The theme for this year’s ACAMM is
“Advancing Armies Collaboration Towards ASEAN 2025 – Forging Ahead Together”.
This year, the meeting addressed global security threats and transnational challenges in ASEAN countries such as transnational crime, terrorism, radicalisation and natural disasters.
ACAMM is an annual meeting conducted since 2000 and is hosted by the armies of ASEAN Member States on a rotational basis. This meeting is an important platform which contributes to the strengthening of unity and cooperation amongst the ASEAN Armies. The 20th ACAMM will be hosted by Brunei Darussalam in November 2020.
At the sidelines of ACAMM, the Commander of the RBLF held bilateral meetings with each of the ASEAN Chiefs of Army. In these meetings, the Chiefs of Army underscored the camaraderie which is bolstered by the bilateral and multilateral defence engagements undertaken between their Land Forces.
Held concurrently with ACAMM, the 9th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) was attended by the Land Force Sergeant Major (LFSM) at Aryaduta Hotel, Bandung. ASMAM is an annual meeting conducted since 2011, which aims to promote a strong working relationship and sharing of experiences amongst the ASEAN armies.


MESYUARAT ASEAN CHIEFS OF ARMY MULTILATERAL MEETING KE-20 DAN MESYUARAT ASEAN SERGEANT MAJORS ANNUAL MEETING KE-9 DI BANDUNG, INDONESIA
BANDUNG, INDONESIA, Rabu, 27 November 2019 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (ACAMM) yang ke-20 pada 24 hingga 27 November 2019 di Bandung, Republik Indonesia.
Mesyuarat ACAMM tersebut dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, serta mesyuarat dipengerusikan oleh Jendral Andika Perkasa, Ketua Staf Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD). Tema ACAMM pada tahun ini adalah “Advancing Armies Collaboration Towards ASEAN 2025 – Forging Ahead Together”.
Pada tahun ini, mesyuarat ACAMM ini membincangkan ancaman keselamatan global dan cabaran transnasional dihadapi oleh negara-negara ASEAN seperti jenayah rentas sempadan, keganasan (terrorism), radikalisme serta bencana alam.
ACAMM adalah acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2000 dan dikendalikan secara bergilir oleh Tentera Darat ASEAN. Acara tahunan ini juga dijadikan sebagai landasan penting yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan dan kerjasama yang sudah sekian lama terjalin di antara Tentera Darat Negara ASEAN. ACAMM kali ke-21 akan dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam pada bulan November 2020.
Selain daripada mesyuarat ACAMM, Pemerintah TDDB juga berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat dua hala dengan semua Ketua-Ketua Tentera Darat ASEAN. Dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut, Ketua-Ketua Tentera Darat telah menggariskan persahabatan yang dipupuk oleh penglibatan pertahanan dua hala dan pelbagai hala di antara Tentera-Tentera Darat.
Pada masa yang sama, Mesyuarat ASEAN Sergent Major Annual Meeting (ASMAM) kali ke-9 juga turut diadakan dan telah dihadiri oleh Sarjan Mejar TDDB di Hotel Aryaduta, Bandung. Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat tahunan yang dikendalikan sejak 2011 yang bertujuan untuk menggalakkan hubungan kerja yang kukuh dan perkongsian pengalaman di kalangan tentera-tentera darat ASEAN.