TUNGKU BEACH, Sunday, 17 November 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Alpha Challenge 2019 was held this morning with more than 2,400 participants in various categories.  

The RBAF and D’Sunlit Sdn Bhd have once again collaborated to organise an obstacle challenge designed to test the physical and endurance of participants, also known as Alphas, through a new set of obstacles in this year’s new beach edition.

Among those joining the RBAF Alpha Challenge was His Royal Highness the Crown Prince’s children, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim and Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

The event was graced by the Guest of Honour, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the RBAF Commander.  

The challenge consisted of a “Fun Run”, with two different routes at a distance of 3 km and 9 obstacles, or a distance of 5 km and 23 obstacles. In the more popular Competitive Category, participants were presented with a 10km route and 27 obstacles.

During the event, a charity donation from D’Sunlit Sdn Bhd was also presented to An Nur Harapan, followed by handing over public donations to Dana Anak-Anak Yatim ABDB to the RBAF.















ALPHA OBSTACLE CHALLENGE ABDB 2019


PANTAI TUNGKU, Ahad, 17 November 2019 – Kejohanan Alpha Challenge Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2019 telah diadakan di Pantai Tungku dengan menyaksikan lebih dari 2,400 orang peserta mengambil bahagian dalam pelbagai kategori.

Pada tahun ini, ABDB dan D’Sunlit Sdn Bhd telah sekali lagi bekerjasama untuk menganjurkan acara menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta, atau dikenali dengan Alpha, melalui laluan halangan yang baru diperkenalkan di kawasan pantai.

Kejohanan tersebut disertai oleh anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Acara mengandungi kategori ‘Fun Run’, dengan dua laluan yang berbeza dengan jarak 3 km dengan 9 halangan, atau jarak 5 km dengan 23 halangan. Laluan 10 km dengan 27 halangan untuk Kategori Kompetitif. 

Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Sumbangan amal daripada D’Sunlit Sdn Bhd juga telah disampaikan kepada An Nur Harapan diikuti dengan penyampaian sumbangan orang ramai kepada Dana Anak-Anak Yatim ABDB.