SINGAPORE, Thursday, 14 November 2019 – Colonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commandant of Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) is currently attending the 23rd ASEAN Regional Forum Heads of Defence Universities, Colleges and Institutions Meeting, 2019 (ARF HDUCIM). The meeting is held from 11 to 14 November 2019 at the Grand Copthorne Waterfront Hotel, Republic of Singapore.

The meeting is co-chaired by SAFTI Military Institute (SAFTI MI), in partnership with S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) and the National Defence University of Pakistan. This year’s meeting was participated by 22 of 27 member countries.

Officiating the event and delivering the Keynote Address was the Singapore Senior Minister of State for Defence (SMS), Mr Heng Chee How. In his address, he commended the ARF achievements for the last 2 decades, since its establishment in 1994.  He reiterated that the ARF continue to remain relevant in the 21st Century to build a stronger and more resilient military education community within the Asia-Pacific.  

With the theme ‘Military Education to Enhance Confidence Building, Leadership Development and Opportunities for Cooperation’, the meeting examines the scope of military education in the areas of leadership. During the meeting, presentations were delivered by participating countries centred around enhancing the ability of professional military educational institutions to develop, deliver and review educational best practices through inter-institutional and multinational dialogue, support and cooperation.

The next ARF HDUCIM will be hosted by the Islamic Republic of Pakistan in 2020.



MESYUARAT ASEAN REGIONAL FORUM (ARF) KETUA-KETUA UNIVERSITI, KOLEJ DAN INSTITUSI PERTAHANAN KE-23

SINGAPURA, Khamis, 14 November 2019 –Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) sedang menghadiri Mesyuarat ASEAN Regional Forum bagi Ketua-Ketua Universiti, Kolej dan Institusi Pertahanan (ARF HDUCIM) yang ke-23. Mesyuarat berkenaan dijalankan dari 11 November hingga 14 November 2019 di Grand Copthorne Hotel, Republik Singapura.

Mesyuarat pada tahun ini dipengerusikan oleh SAFTI Military Institute (SAFTI MI), bersama S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) dan National Defence University Pakistan. Sebanyak 22 daripada 27 buah ahli negara telah menghadiri mesyuarat pada tahun ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa Majlis Pembukaan Mesyuarat tersebut dan seterusnya menyampaikan ucaptama adalah Senior Minister of State for Defence Singapura, Tuan Heng Chee How. Semasa ucaptama tersebut, beliau menghargai pencapaian selama dua dekad semenjak ARF dimulakan pada tahun 1994.  Beliau juga seterusnya menekankan bahawa mesyuarat seumpamanya masih tetap relevan di abad ke-21 dalam usaha untuk mengembang majukan ilmu dan membangun komuniti pendidikan pertahanan yang mapan dan berdaya tahan.

Dengan tema ‘Military Education to Enhance Confidence Building, Leadership Development, and Opportunities for Cooperation’, mesyuarat ini mengetengahkan skop pendidikan ketenteraan di dalam kepimpinan dan perkembangan kurikulum di zaman yang mencabar dan keadaan sekuriti semasa yang tidak menentu. Beberapa siri taklimat telahpun dibentangkan semasa mesyuarat ini oleh negara-negara yang menyerta dan ianya telah memberikan banyak manfaat terhadap perkembangan kapasiti pendidikan ketenteraan profesional dan negara-negara yang ikut serta dapat berkongsi amalan terbaik (best practices) di antara institusi-institusi serantau dan antarabangsa.

Mesyuarat ARF HDUCIM yang seterusnya akan dianjurkan oleh Republik Islam Pakistan pada tahun hadapan.