BERAKAS, Tuesday, 12 November 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to present awards in conjunction with the 26th Civil Service Day celebration held this morning at the International Convention Centre, Berakas.
Of the awards presented today, four Excellent Civil Service Employee Awards (Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) and one Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA) were awarded to Ministry of Defence personnel. The recipients of the APCPA from Division II to Division V respectively were Kelvin Wong Wee Chin, Engineer, Centre of Science and Technology Research and Development; Suraya binti Haji Momin, Assistant Executive Officer Grade II, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies; Haji Shamsudin bin Haji Ghapa, Mess Manager Grade III, Directorate of Administration and Manpower, and Haji Mohd Affendi bin Haji Mansor, Mess Servant Grade II, Directorate of Administration and Manpower, respectively.
The recipient of the AKB2PA award was Hasniwaty binti Kurus, Chef, Directorate of Administration and Manpower.
The APCPA is an acknowledgement and recognition to civil servants who have demonstrated exemplary work quality, character and performance whereas the AKB2PA award is awarded to those who have shown their service and dedication to the organization in particular and the community at large.
The theme of this year’s celebration is “Perkhidmatan Awam Berintegriti dan Berinovasi Pemangkin Pembangunan Negara”.


LIMA WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA ANUGERAH HARI PERKHIDMATAN AWAM 2019
BERAKAS, Selasa, 12 November 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan anugerah kepada penerima-penerima dari kalangan warga perkhidmatan awam sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-26 yang diadakan pada pagi ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Di antara anugerah-anugerah yang disampaikan hari ini, empat Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dan satu Anugerah Kakitangan Berjasa dan Berbakti Perkhidmatan Awam (AKB2PA) telah dikurniakan kepada pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian Pertahanan. Penerima APCPA dari Bahagian II ke Bahagian V ialah Awang Kelvin Wong Wee Chin, Jurutera, Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi; Dayang Suraya binti Haji Momin, Penolong Pegawai Kerja Tingkat II, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Awang Haji Shamsudin bin Haji Ghapar, Pengurus Mes Tingkat III, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia dan Awang Haji Mohd Affendi bin Haji Mansor, Pelayan Mes Tingkat III, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia.
Manakala penerima AKB2PA ialah Dayang Hasniwaty binti Kurus, Tukang Masak, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia.
APCPA merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi dan penghasilan kerja yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang tinggi, manakala AKB2PA dianugerahkan kepada kakitangan yang mempamerkan jasa dan khidmat bakti kepada organisasi khasnya dan masyarakat amnya.
Sambutan Hari Perkhidmatan Awam tahun ini bertema “Perkhidmatan Awam Berintegriti dan Berinovasi Pemangkin Pembangunan Negara”.