ISTANA NURUL IMAN, Monday 11 November 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to confer the State Decoration of “The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang”, First Class (D.P.K.T.) which brings the title “Dato Paduka Seri” to Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces (MAF).



After the Investiture Ceremony, His Majesty received in audience the Chief of Defence Force, MAF.

Also present during the Audience Ceremony were the Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof and RBAF Commander, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

The State Decoration was awarded to the Chief of Malaysian Armed Forces in recognition of his deeds and service in enhancing military relations between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and MAF. Under his leadership, bilateral interactions and cooperation between RBAF and MAF have steadily grown and developed. Both Armed Forces engage frequently in a wide range of activities which include professional interactions, courses, and bilateral exercises. These extensive exchanges have enhanced the camaraderie and friendship between the personnel of both Armed Forces.

In a separate area at the Istana Nurul Iman, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha also consented to receive in audience the spouse of the Chief of the Malaysian Armed Forces, Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman. She was accompanied by the spouse of RBAF Commander, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim.

The Ceremonies took place at Istana Nurul Iman this afternoon.


KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KURNIAKAN BINTANG KEBESARAN KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

ISTANA NURUL IMAN, Isnin 11 November 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam “Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama” (D.P.K.T.) yang membawa gelaran “Dato Paduka Seri” kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin.



Selepas Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima mengadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.



Pengurniaan Bintang Kebesaran kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu pengiktirafan terhadap jasa dan bakti dalam meningkatkan hubungan ketenteraan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di bawah kepimpinan beliau, interaksi dua hala dan kerjasama antara ABDB dan ATM kian giat membangun dan berkembang.


Kedua-dua Angkatan Tentera giat terlibat dalam pelbagai aktiviti ketenteraan sama ada melalui interaksi profesional, kursus-kursus dan latihan dua hala. Interaksi yang meluas ini telah meningkatkan keakraban dan persahabatan antara anggota-anggota kedua-dua Angkatan Tentera.

Sementara di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri kepada Panglima ATM, Puan Sri Datin Seri Hajah Rusnah binti Haji A. Rahman. Beliau diiringi oleh isteri kepada Pemerintah ABDB, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim.

Majlis mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.