BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 9 November 2019 – The residents of Brunei-Muara District converged in the capital today to join His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien to commemorate the birthday anniversary of the Prophet Muhammad S.A.W. 

The Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah led the procession of one hundred civilian officers and staff from the Ministry of Defence.

Meanwhile, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was represented by 2,290 officers and personnel, led by the Head of Inspectorate Unit, Colonel Khairil bin Haji Ismail.

The theme of this year’s celebration is “Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam”.












KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENYERTAI PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 November 2019 – Penduduk Daerah Brunei-Muara berkumpul pada hari ini bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sempena perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.


Pasukan perarakan Kementerian Pertahanan diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, dan terdiri daripada 100 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. 

Sementara itu, pasukan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei disertai seramai 2,290 orang pegawai dan anggota yang diketuai oleh Ketua Unit Inspektorat, Kolonel Khairil bin Haji Ismail.

Sambutan maulud pada tahun ini membawa Tema “Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam”.