TUTONG, Thursday, 31 October 2019 – The annual Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Women Orienteering Competition 2019/2020 was held at the Sungai Basong Recreational Park, Tutong today.
The annual orienteering competition is aimed to test RBAF women personnel on their map reading skills through finding check-points within the allocated time. The competition also aims to test the physical and mental acumen of the RBAF women personnel.
The participating teams consisted of five units from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Ministry of Defence (MINDEF), and RBAF Training Institute (TI).
The RBLF team emerged victorious as this year’s orienteering champions, making this their third win in a row with 595 points. Coming in second with 585 points was the MINDEF team while the RBAirF team finished third with 405 points. The RBN and RBAF TI teams scored 260 and 240 points respectively.
The individual category was won by 21501 Corporal Siti Fatimah binti Mohammad with a time of 42 minutes. 21569 Corporal Nur Aziemah binti Julai emerged victorious in the ‘Under 29 Years’ category with a time of 47 minutes, 21597 Corporal Irma binti Tuah championed the ’30-34 Years’ category with a time of 46 minutes while both 905 Captain Saleha binti Haji Alim and 21303 Staff Sergeant Hjh Sukarni binti Haji Gimbol won the ’35-39 Years’ category and ‘Above 40 Years’ category with a time of 49 minutes and 58 minutes respectively. All five winners were from MINDEF.
Prizes were presented by the guest of honour, Lieutenant Colonel Siti Isah binti Haji Abu Talip, Staff Officer Grade 1 of Personnel, Directorate of Personnel.


PERTANDINGAN MERINTIS ASKAR WANITA ABDB 2019/2020
TUTONG, Khamis, 31 Oktober 2019 – Acara perlawanan merintis tahunan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) peringkat wanita bagi tahun 2019/2020 telah diadakan di Taman Rekreasi Sungai Basong Daerah Tutong pada hari ini.
Pertandingan merintis tahunan ini bertujuan bagi menguji tahap kemahiran anggota wanita ABDB dalam membaca peta dan mendapatkan ‘checkpoints’ berdasarkan masa yang diberikan. Perlawanan ini juga bertujuan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental anggota ABDB.
Perlawanan disertai oleh lima unit iaitu dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Pasukan TDDB muncul juara perlawanan merintis tahun ini dengan 595 mata. Kemenangan ini menjadi kemenangan pasukan TDDB ketiga berturut-turut. Naib johan perlawanan perintis tahun ini dengan 585 mata ialah pasukan KEMENTAH dan pasukan TUDB memenangi tempat ketiga dengan 405 mata. Pasukan TLDB dan pasukan IL ABDB mengumpul 260 dan 240 mata secara masing-masing.
Kategori individu dimenangi oleh 21501 Koperal Siti Fatimah binti Mohammad dengan masa 42 minit. 21569 Koperal Nur Aziemah binti Julai muncul juara kategori ‘29 Tahun Ke Bawah’ dengan masa 47 minit, 21597 Koperal Irma binti Tuah menjuarai kategori ‘30-34 Tahun’ dengan masa 46 minit manakala 905 Kapten Saleha binti Haji Alim dan 21303 Staf Sarjan Hjh Sukarni binti Haji Gimbol telah memenangi kategori ‘35-39 Tahun’ dan kategori ‘40 Tahun Ke Atas’ dengan masa 49 minit dan 58 minit secara masing-masing. Semua lima pemenang dari KEMENTAH.
Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh tetamu kehormat, Leftenan Kolonel Siti Isah binti Haji Abu Talip, Pegawai Turus Keanggotan, Jabatanarah Keanggotaan.