BOLKIAH GARRISON, Thursday, 24 October 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, received an introductory call from His Excellency Major General (Retd) Abd Aziz Tariq, the new High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan this afternoon.

During the call, Second Minister of Defence took the opportunity to congratulate His Excellency on his new appointment. Both countries reaffirmed the close defence relationship, underpinned by the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation in 2004 as well as the establishment of the Joint Defence Working Committee since 2006. 

The Second Minister of Defence also reiterated that the bilateral interaction activities and programs between both countries have served to enhance the mutual understanding and friendship among defence officials and armed forces of both countries across all levels including through the exchange of visits, conferences, courses and exercises. The Second Minister of Defence concluded by expressing his hope to further enhance the bilateral defence relationship between both countries. 

His Excellency presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 18 September 2019.




MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN

BOLKIAH GARISON, Khamis, 24 Oktober 2019
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua pada petang ini telah menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Abd Aziz Tariq, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam yang baru. 

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua telah mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan  beliau. Kedua belah pihak seterusnya menggariskan status hubungan pertahanan sedia ada yang baik dan erat, terutamanya sekali sejak penandatanganan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan pada tahun 2004 dan penubuhan Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama sejak tahun 2006. 

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga menyatakan bahawa aktiviti dan program interaksi kedua-dua negara  berfungsi untuk meningkatkan lagi persefahaman dan persahabatan antara pegawai pertahanan dan angkatan bersenjata kedua-dua negara di semua peringkat termasuk melalui pertukaran lawatan, persidangan, kursus dan latihan. Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua seterusnya menyatakan harapan untuk terus meningkatkan hubungan pertahanan dua hala di antara kedua-dua negara.

Tuan Yang Terutama telah menghadapkan Surat Tauliah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 September 2019.