BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 15 October 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence today received an introductory call from His Excellency Vladimir Borisovich Goncharenko, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Russian Federation to Brunei Darussalam. 

During the call, Second Minister of Defence congratulated His Excellency on his appointment as the new Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Russian Federation to Brunei Darussalam. 

Both sides exchanged views and highlighted matters of common interest, where both sides hoped could be further enhanced and developed to uphold the aspirations as stated in the Memorandum of Understanding on Military Cooperation signed on 26 April 2017 between both countries.

His Excellency Vladimir Borisovich Goncharenko presented his letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 18 September 2019.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN  DUTA BESAR  PERSEKUTUAN RUSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 15 Oktober 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Vladimir Borisovich Goncharenko, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia ke Negara Brunei Darussalam.

Pada kunjungan pengenalan tersebut, Menteri Pertahan Kedua mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas perlantikan beliau sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia Ke Negara Brunei Darussalam.

Kedua-belah pihak juga bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama, di mana kedua pihak berharap akan dapat dipertingkatkan dan diperkembangkan lagi dalam mendokong aspirasi seperti yang dinyatakan dalam Memorandum Persefahaman Kerjasama Ketenteraan yang ditandatangani pada 26 April 2017 di antara kedua negara.

Tuan Yang Terutama Vladimir Borisovich Goncharenko menghadapkan surat tauliah pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 September 2019.