BOLKIAH GARRISON, Friday, 20 September 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence today received an introductory call from Her Excellency Jeanette Adele Stovel, High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam.
During the call, the Second Minister of Defence congratulated Her Excellency for her appointment as the new High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam and expressed confidence for Her Excellency’s diplomat leadership in advancing the cooperation between Brunei Darussalam and Canada. The Second Minister of Defence also highlighted the friendly defence relations between Brunei Darussalam and Canada through various defence and military interactions in regional as well as international defence fora.
Canada has maintained investment in defence fields in Brunei Darussalam particularly through the CAE Multi-Purpose Training Centre, and through the offering of training to Royal Brunei Air Force pilots.
Her Excellency Jeanette Adele Stovel presented her letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 18 September 2019.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 20 September 2019 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Jeanette Adele Stovel, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam.
Pada kunjungan pengenalan tersebut, Menteri Pertahan Kedua mengucapkan tahniah kepada Puan Yang Terutama di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam dan melahirkan rasa yakin atas kepimpinan Puan Yang Terutama dalam memajukan kerjasama dua hala diantara Negara Brunei Darussalam dan Kanada. Menteri Pertahanan Kedua juga menyatakan hubungan pertahanan yang baik diantara Negara Brunei Darussalam dan Kanada melalui pelbagai interaksi pertahanan dan ketenteraan di arena serantau dan antarabangsa.
Kanada mengekalkan pelaburan dalam bidang pertahanan di negara ini melalui Pusat Latihan Pelbagai Guna CAE, dan melalui tawaran latihan kepada juruterbang-juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei.
Puan Yang Terutama Jeanette Adele Stovel menyampaikan surat watikah perlantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 September 2019.