BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 18 September 2019 – The Ministry of Defence signed two Memorandums of Understanding (MoUs) concerning Collaboration in Research, Innovation and Technology this afternoon at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison with Universiti Brunei Darussalam (UBD) and Universiti Teknologi Brunei (UTB) respectively.
The MoUs were signed by Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah Permanent Secretary, Ministry of Defence for Ministry of Defence. Signing on behalf of UBD and UTB were Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Vice Chancellor UBD and Awang Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib, Acting Vice Chancellor UTB respectively.
The signing ceremony was witnessed by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence and Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.
Also present were other members of the Defence Executive Committee as well as Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education) and Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education) from Ministry of Education. Other senior officers from Ministry of Defence, Ministry of Education, UBD and UTB also attended the signing ceremony.
The objective of the MoUs is to promote research and innovation, capacity building and closer partnerships, in defence capabilities and technology, between MINDEF and the two local institutes of higher learnings, through the formation of a Defence Research and Technology Community. The MoUs create opportunities for MINDEF to work collaboratively with an extended network of local experts, and for the development of a critical pool of defence technologists and scientists to serve the nation’s needs.


KEMENTERIAN PERTAHANAN TANDATANGANI DUA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UBD DAN UTB
BOLKIAH GARISON, Rabu, 18 September 2019 – Kementerian Pertahanan telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama atas Penyelidikan, Inovasi dan Teknologi dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) pada petang ini di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
MoU telah ditandatangani oleh Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan bagi Kementerian Pertahanan. Menandatangani bagi pihak UBD dan UTB ialah Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, Naib Canselor UBD dan Awang Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib, Pemangku Naib Canselor UTB.
Majlis penandatangan disaksikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.
Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, dan Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) dan Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) daripada Kementerian Pendidikan. Majlis penandatangan ini turut dihadiri pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, UBD dan UTB.
Objektif keseluruhan MoU ini adalah untuk mempereratkan hubungan kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi keupayaan pertahanan dan teknologi, dan perkembangan kapasiti, di antara Kementerian Pertahanan dan kedua-dua institusi pengajian tinggi tempatan melalui pelancaran Komuniti Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan. MoU ini mengemukakan kesempatan kepada Kementerian Pertahanan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar tempatan, serta bagi membangunkan golongan belia yang berkemahiran dalam sains dan teknologi pertahanan untuk mendukung keperluan negara di masa hadapan.