BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 3 September 2019 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) is currently hosting the 16th ASEAN Air Chiefs Conference (AACC) from 2 to 5 September 2019. This is the second time the RBAirF hosted the AACC, an annual meeting attended by all ASEAN Air Chiefs to discuss matters pertaining to air power, common issues and challenges faced by all Air Forces in the region. The RBAirF first hosted the event in 2009.
Present as the guest of honour was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), who delivered a keynote address. The Commander of RBAF highlighted the importance of regional collaboration and cooperation through various means of engagement between the ASEAN Air Forces. He also emphasised how important it was for the Air Force community in this region to seek opportunities in innovative and emerging military technologies to tackle present and future security challenges.
With the theme “Elevating ASEAN Solidarity through Practical Cooperation”, the 16th iteration of the AACC saw all 10 ASEAN Air Force Chiefs participating in the annual event. Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Commander of the RBAirF in his capacity as Chairman of the 16th AACC also delivered his welcoming speech before the commencement of the AACC conference. The Chairman expressed his gratitude to the participating Air Forces and commended the ASEAN Air Forces’ continuous engagement and contributions to ensure peace and stability in the region.
The conference session of the 16th AACC then proceeded with presentations from invited guest speakers, Lieutenant Colonel Keirin Joyce (Australian Defence Force) and Miss Zoe Stanley-Lockman (Rajaratnam School of International Studies). The ASEAN Air Chiefs were then invited to share and exchange views on issues of common interest.
The ASEAN Air Chiefs also had a joint courtesy call to the Second Minister of Defence, The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, at the Ministry of Defence.
Established in 2004, the ASEAN Air Chiefs Conference (AACC) was formed as a platform to enhance peace and stability in the region via Air Power, and to promote greater integration and partnership among the ASEAN Air Forces. It also serves as useful platform for the ASEAN Air Force Community to meet annually to discuss issues of common professional interests. The AACC’s aims are essentially to build rapport and enhance mutual understanding, to strengthen common understanding, deepen existing strategic partnerships and security cooperation as well as to share knowledge and experience.





TUDB MENJADI HOS KEPADA PERSIDANGAN KE-16 KETUA-KETUA TURUS UDARA NEGARA-NEGARA ASEAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 September 2019 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) sedang mengendalikan Persidangan Ketua-Ketua Turus Udara kali ke-16 (16th AACC) dari 2 hingga 5 September 2019. Ini adalah kali kedua TUDB menjadi tuan rumah Persidangan ini yang mana ianya dikendalikan setahun sekali. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kuasa udara, isu dan cabaran yang dihadapi oleh Tentera-Tentera Udara di rantau ini. Kali pertama TUDB menganjurkan acara yang sama adalah pada tahun 2009.
Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Dalam ucaptama beliau, Pemerintah ABDB menekankan kepentingan dalam kerjasama serantau Tentera Udara ASEAN melalui pelbagai interaksi. Beliau juga menyatakan kepentingan Tentera-Tentera Udara di rantau ini untuk mengambil peluang sepenuhnya daripada teknologi ketenteraan yang giat berkembang untuk menangani cabaran sekuriti pada masa ini dan masa hadapan.
Dengan bertemakan Ëlevating ASEAN Solidarity through Practical Cooperation”, AACC kali ke-16 telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Turus Udara dari 10 buah Negara-Negara ASEAN. Pengerusinya, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah TUDB juga menyampaikan ucapan pembukaan beliau sebelum persidangan dimulakan. Beliau mengutarakan ucapan terima kasih atas kehadiran tetamu-tetamu dari luar negara dan seterusnya menyatakan kepentingan kerjasama dan sumbangan yang berterusan untuk memastikan keamanan dan kestabilan rantau ini.
Sesi Persidangan dimulakan dengan penyampaian taklimat daripada dua orang pakar jemputan, Leftenan Kolonel Keirin Joyce (Australian Defence Force) dan Zoe Stanley Lockman (Rajaratnam School of International Studies). Persidangan diteruskan dengan memberikan peluang kepada Ketua-Ketua Turus Udara untuk berkongsi pandangan dan bertukar pendapat mengenai isu-isu yang berkepentingan.
Ketua-Ketua Turus Udara ASEAN juga telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, di Kementerian Pertahanan.
Persidangan Ketua-Ketua Turus Udara ini telah bermula sejak tahun 2004 sebagai sebuah landasan untuk meningkatkan lagi kerjasama bagi keamanan dan kestabilan serantau melalui kuasa udara. Ianya juga adalah untuk menggalakkan integrasi dan persahabatan di kalangan komuniti Tentera Udara ASEAN. Selain itu, ia juga memainkan peranan untuk Ketua-ketua Turus Udara membincangkan isu-isu kepentingan bersama. Matlamat AACC adalah untuk memupuk hubungan di antara satu sama lain, meningkatkan persefahaman bersama, menguatkan pemahaman bersama, memperdalam kerjasama strategik yang sedia ada dan kerjasama keselamatan serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman.