BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 2 September 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Military Cadets from Muda Hashim Secondary School (PKT SMMH) and Tanjung Maya Secondary School (PKT SMTM) both emerged as overall champions for the Male and Female category from the Secondary, College and Higher Institutions Division of the RBAF Military Cadet Orienteering Competition held at the Menteri Besar Recreational Park, Bandar Seri Begawan.
The competition was co-organised by the RBAF Military Cadet Unit and Co-Curriculum Department, Ministry of Education.
The champion for Higher Institutions Division was won by Military Cadets from Sultan Sharif Ali Islamic University (PKT UNISSA) and University of Technology Brunei (PKT UTB) for the male and female categories, respectively.
As for the Open Category, the champion for Open Male Category was won by
2220 Kpl (KT) Mohd Adam Aiman bin Haji Mohd Firman from Sultan Omar Ali Saifudien College (PKT MSOAS) and the Open Female Category was won by
27253 Lkpl (KT) Nuraznirah binti Mohd Arizal from Tanjung Maya Secondary School (PKT SMTM).
There were 280 participants in the competition, representing 15 Secondary Schools and Colleges, as well as 5 Higher Institutions. Each team composed of 8 to 10 participants.
The guest of honour for the competition, Acting Director for Co-Curriculum Department of Ministry of Education, Mohd Jais bin Haji Abdul Rahman presented the prizes to the winning teams.
The Orienteering Competition is part of a yearly activity organised by the RBAF Military Cadets which aims to test the skills and capabilities of the participants in map-reading individually, and as a team. The competition also focuses on the fitness capabilities of the cadets, as well as the importance of camaraderie and unit cohesiveness.



PERLAWANAN MERINTIS PASUKAN KADET TENTERA DIRAJA BRUNEI
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 September 2019 – Pasukan Kadet Tentera dari Sekolah Menengah Muda Hashim (PKT SMMH) dan Pasukan Kadet Tentera dari Sekolah Menengah Tanjung Maya (PKT SMTM) masing-masing muncul sebagai juara keseluruhan Kategori Lelaki dan Perempuan bagi sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab dalam Perlawanan Merintis Pasukan Kadet Tentera Diraja Brunei Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) senegara yang diadakan di Taman Rekreasi Menteri Besar, Bandar Seri Begawan.
Perlawanan Merintis dikendalikan bersama oleh Pasukan Kadet Tentera Diraja Brunei dan Jabatan Pendidikan Ko-Korikulum, Kementerian Pendidikan.
Manakala juara keseluruhan bagi institut pengajian tinggi bagi Kategori Lelaki telah dimenangi oleh Pasukan Kadet Tentera Universiti Islam Sultan Sharif Ali (PKT UNISSA) dan bagi Kategori Perempuan dimenangi oleh Pasukan Kadet Tentera dari Universiti Teknologi Brunei (PKT UTB).
Bagi Acara Terbuka, Juara Lelaki Terbuka dimenangi oleh 2220 Kpl (KT) Mohd Adam Aiman bin Haji Mohd Firman daripada Maktab Sultan Omar Ali Saifudien (PKT MSOAS) manakala Juara Perempuan Terbuka dimenangi oleh 27253 Lkpl (KT) Nuraznirah binti Mohd Arizal daripada Sekolah Menengah Tanjung Maya (PKT SMTM)
Seramai 280 peserta mewakili 15 buah Sekolah Menengah dan Maktab serta 5 dari IPT telah mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. Setiap pasukan terdiri daripada 8 hingga 10 peserta.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Pemangku Pengarah Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan,
Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman.
Aktiviti perlawanan merintis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan pasukan kadet tentera yang antara lain bertujuan bagi menguji kebolehan dan kemahiran peserta-peserta dalam membaca peta secara perseorangan dan juga secara berpasukan. Perlawanan ini juga memberi tumpuan bagi keupayaan kecergasan jasmani para peserta serta kepentingan kesatuan unit dalam menghadapi cabaran.