BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 1 September 2019 – This week’s Sunday programme “Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” at the Omar ‘Ali Saifuddien Mosque was co-hosted by the Prime Minister’s Office, Ministry of Defence and Ministry of Religious Affairs.

In attendance were Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti Bin Haji Mohd. Daud, Minister at the Prime Minister’s Office; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Deputy Minister of Religious Affairs.

Also presents were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces; Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Permanent Secretary of Ministry of Defence; Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohd. Hassan, Deputy Permanent Secretary of Ministry of Defence; Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Deputy Permanent Secretary of Religious Affairs; Service Commanders; Directors; civilian as well as military officers and staff. 

After the mass Subuh prayer, a tazkirah entitled “Lakastah Berhijrah” was delivered by Ustaz Pengiran Muhammad Azrin bin Pengiran Jarail, Religious Officer from RBAF Religious Department.

This weekly program aims to invite Muslim congregants to gather in masses and perform congregational prayers before partaking in various recreational activities during the “Bandarku Ceria” event.

 


“MASJIDKU MA’MUR, NEGARA BERKAT” DI MASJID OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN, BANDAR SERI BEGAWAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 1 September 2019 – Program “Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien diteruskan lagi pada minggu ini yang telah dikendalikan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir bersama-sama jemaah masjid ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti Bin Haji Mohd. Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Juga hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohd. Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera; Pengarah – Pengarah; pegawai-pegawai dan kakitangan awam dan tentera. 

Sesi tazkirah semasa program tersebut bertajuk “Lakastah Berhijrah” telah disampaikan oleh Ustaz Pengiran Muhammad Azrin bin Pengiran Jarail, Pegawai Ugama, Jabatan Agama ABDB, Kementerian Pertahanan.

Program “Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” merupakan program mingguan bagi mengalu-alukan kehadiran jemaah dalam sama-sama memakmurkan masjid dan meraih keberkatan melalui tuntutan sembahyang fardhu kepada para pengunjung acara “Bandarku Ceria” sebelum menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi yang telah diaturkan.