BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 28 August 2019 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow state honorary decorations to 3 civilians from the Ministry of Defence and 34 military officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in an Investiture Ceremony held at the Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman this afternoon.


The state decorations were awarded in conjunction with His Majesty’s 73rd Birthday celebrations.  


In attendance were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; and His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah.

Also present were Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Pengiran-Pengiran Peranakan, members of the Legislative Council, Deputy Ministers, Manteri-Manteri Pedalaman, Representatives from Foreign Missions, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, and Heads of Government Departments.


The State Decorations awarded to the Ministry of Defence and RBAF recipients were the Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei, Third Class (S.M.B) and the Most Blessed Order of Setia Negara Brunei, Fourth Class (P.S.B). 


A Doa Selamat was read by Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, the State Mufti.



KEBAWAH DYMM KURNIAKAN BINTANG KEBESARAN NEGARA KEPADA WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Ogos 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada seramai 3 warga awam Kementerian Pertahanan dan 34 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Majlis Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman petang ini. 




Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-73 Tahun.




Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.




Juga berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Pengiran-Pengiran Peranakan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Para Perwakilan Negara Sahabat, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.




Bintang-Bintang Kebesaran Negara yang dikurniakan kepada para penerima dari Kementerian Pertahanan dan ABDB adalah Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) dan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B).
 

Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.