BOLKIAH GARRISON, Friday, 23 August 2019 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from General Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Chief of Army, Malaysian Army today. Also in attendance was the Chief of Staff RBAF.
During the call, the Commander of RBAF welcomed General Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi and delegation to Brunei Darussalam.
Both sides commended the longstanding close relationship between the Royal Brunei Brunei Armed Forces and the Malaysian Armed Forces which has progressed positively through formal visits, meetings, exercises and courses.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 23 Ogos 2019 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat Malaysia pada hari ini. Turut hadir ialah Ketua Staf ABDB.
Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Panglima Tentera Darat Malaysia dan rombongan ke Negara Brunei Darussalam.
Pemerintah ABDB merasa berbesar hati akan jalinan dan hubungan dua-hala di antara ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sangat rapat dan menghargai sumbangan ATM terhadap perkembangan ABDB melalui pertukaran lawatan, mesyuarat, eksesais dan latihan.